GPTD

GPTD

Share

MISI
Meneladani kegemilangan tamadun dunia melalui jaringan antarabangsa dan khidmat sosial. VISI
Membina kepimpinan belia berjiwa besar dalam memperkasa masyarakat madani

Photos from GPTD's post 19/03/2026

𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗢𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗚𝗢 𝗚𝗣𝗧𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, program tahunan sempena bulan Ramadan dapat diteruskan lagi pada tahun ini iaitu pada 17 Mac - Selasa yang lalu. Program Iftar On the Go merupakan inisiatif GPTD mengedarkan juadah ringan untuk berbuka puasa yang disasarkan kepada para pengguna pengangkutan awam. Tahun ini lokasi yang dipilih untuk edaran ialah di Stesen MRT Stadium Kajang.
Program ini juga turut melibatkan golongan kanak-kanak (GPTD Junior @ anak-anak ahli) sebagai suatu pendedahan dan latihan interaksi sosial mereka. Mereka turut berpeluang mengedarkan bungkusan makanan kepada orang ramai.
Moga-moga ia dapat memudahkan mereka yang sedang dalam perjalanan untuk berbuka puasa seandainya tidak sempat membeli juadah berbuka atau sampai ke rumah. Moga kita berjumpa lagi di bulan Ramadan tahun hadapan!

09/03/2026

Perginya Tokoh Pemikir Umat. Rahimahullah rahmatan wasi'an. Moga legasi pemikirannya terus menjadi amal jariah untuk beliau dan manfaatnya untuk umat.

Photos from GPTD's post 28/01/2026

𝗝𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗚𝗣𝗧𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗧𝗦

Semalam, GPTD telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Ikram Wazir, Pengurus Besar Penerbitan, PTS Media Group Sdn. Bhd.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut Tuan Muhammad Suhail, Pengerusi GPTD bersama Saudara M.A. Fitri, Presiden dan Setiausaha Agung, Saudara Izzat Nadzer.
Dalam sesi perbincangan, pihak GPTD mengusulkan beberapa cadangan penerbitan kepada pihak PTS yang bertemakan kembara dan penjejakan sejarah khususnya untuk mengangkat pengalaman dan dapatan para relawan GPTD yang telah selesai melaksanakan misi masing-masing.
Pihak PTS juga memberi respon dengan menyarankan genre-genre yang bersesuaian untuk diterbitkan. Malah, jikalau sesuai, akan diterbitkan di bawah salah satu 'imprint' mereka. Jika sempat, dapatlah keluar sebuah dua buku di PBAKL26 nanti insha Allah.
Dalam pertemuan tersebut juga, Tuan Ikram berkongsi mengenai trend pembelian buku secara atas talian menerusi 'affiliate' di BookCafe. Data dan statistik yang dikongsikan sungguh menakjubkan menunjukkan pasaran buku di negara kita masih lagi berdaya saing ditambah dengan kemunculan influencer yang turut menjadi ejen mempromosi buku.

Photos from GPTD's post 10/01/2026

Tahniah diucapkan kepada Tim GPTDN9 yang secara rasminya telah menamatkan misi pengembaraan di Turkiye tempoh hari dengan sesi pembentangan pagi tadi.
Semoga pengalaman yang ditimba dan kenangan yang diterima dapat menjadi panduan dalam kehidupan.
Begitulah GPTD melatih ahli-ahlinya agar tidak semata-mata pergi keluar negara untul berjalan tetapi pastikan ada 'sesuatu' yang boleh dibawa p**ang untuk diri dan untuk dikongsikan.
Terima kasih juga kepada Safwah HQ selaku rakan rapat kolaborasi GPTD untuk memperkenalkan pakej-pakej pengembaraan yang 'berpengisian' dan tidak sekadar berjalan-jalan.
Menantikan p**a hasil catatan mereka berbentuk travelog untuk dibukukan insha Allah.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Batu Caves Centre Point, 54-G, Jalan 2, Taman Industri Bolton
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00