ROTTW Magazine
ROTTW magazine has been in the market since 1996 and is the most influential music magazine in Malaysia. Youl can contact us for informations on the local scene.The magazine is well known globally. Dipasaran sejak 1996 memberi pendedahan kepada umum tentang muzik, buat pemuzik dan pencinta muzik. Instagram: @rottwmagazine
https://www.youtube.com/user/ROTTWMAGAZINE
Twitter: @rottworld
13/07/2026
Sedang santai di petang ahad, tiba tiba masuk satu mesej dari kawan lama. Falique Burn dari band Cynosure / The Outbreak.
Ada buah tangan baru untuk anda semua istimewa daripada The Outbreak. Diam tak diam, masih aktif menghasilkan karya meskipun jarak antara ahli kump**an adalah sejauh Brunei - Kuala Lumpur.
Lagu ini merupakan hasil nukilan Falique sendiri, mixing oleh JD Wong manakala mastering oleh CL Toh.
Dalam beberapa jam sahaja lagi, single pertama mereka "Bara Masih Ada" bakal dilancarkan di semua platform digital.
Sedikit mengenai "Bara Masih Ada" menurut Falique.
"Tak semua perjuangan terus membuahkan hasil. Ada masa kita jatuh, gagal, dan hampir putus asa. Tapi selagi bara masih ada, harapan itu masih hidup.Sebuah lagu tentang perjuangan, kegagalan, dan keberanian untuk terus bangkit mengejar impian,".
Dikhabarkan juga terdapat sebuah lagu yang telah disimpan hampir 20 tahun, diolah semula dan bakal dikeluarkan tak lama lagi. Istimewanya, mereka bakal menampilkan seorang drummer handalan, Ainol Eqraf Ramli (Barbarik) di dalam lagu tersebut. Ainol merupakan pemain drum pertama The Outbreak, juga merupakan figura penting semasa The Outbreak baru mengorak langkah di dalam bidang ini.
Jadi untuk anda semua, nantikan petang ini, jam 5 pm ok? Di semua platform digital. Ikuti mereka untuk sebarang update lagu lagu baru dan sebagainya.
Semoga maju jaya, The Outbreak!
06/07/2026
: GIG DAN KONSERT
Pada 28 Jun 2026, team ROTTW telah hadhir menyaksikan konsert BLACK ON WHITE, yang diadakan di IDEA LIVE. Konsert ini dianjurkan oleh KARL Legacy Konsert dengan kerjasama Pentas Barbarik. "Special"nya konsert ini adalah gabungan dua band berlainan aliran diatas satu pentas. Wow! mereka telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Saya dimaklumkan ternampak kelibat beberapa "band boys" seangkatan mereka hadhir malam itu. Saya telah mendengar berbagai juga komen dari kenalan kenalan saya ..tetapi kita dengar sahaja ya!! Saya petik sedikit ulasan dari wakil kami Tracy .....seterusnya di laman web kami www.rottwofficial.com
"...Antara yang sempat krew ROTTW sapa di venue malam kelmarin termasuklah Jac FTG yang kita semua tahu merupakan antara perintis dan penggerak terawal genre thrash metal di Malaysia.
"Bagi saya, sistem bunyi malam ini memang superb dan persembahannya p**a bertaraf antarabangsa, terutamanya bila ada Joe yang sentiasa meletakkan standard yang tinggi," kata Jac (FTG) sambil menambah bahawa Cromok tetap mengekalkan konsep asli mereka yang sarat dengan elemen instrumental dan petikan gitar walaupun kurang unsur thrash arus perdana.
"Gabungan hard rock dan metal tadi memang menarik, walaupun mereka nampak macam bermain selamat (play safe) dan kurang heavy demi menjaga keseimbangan, tapi signature serta impak Cromok itu tetap ada. "Beliau turut memuji kualiti bunyi di ruang berdiri yang mantap dan menyimpulkan, "Konsert malam ini memang puas bagi pencinta muzik tegar sebab mereka hidangkan 100% muzik tanpa ada sebarang gimik pembukaan" kata ikon rock wanita berimej cukup versatil, Abot yang turut hadir memeriahkan suasana.
Momen paling meremang dan menyentuh jiwa apabila Cromok mendendangkan Fallen Heroes. Trek ini didedikasikan khas sebagai tribute ......
"...Tracy
Seterusnya di www.rottwofficial.com..Sila
Abangrom
Rom Mohd Nor Tommy Love LADYGANZ KARL Cromok Karl Cromok Barbarik Official Barbarik Vol.2
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
48, Jalan SU3, Taman Selayang Utama
Batu Caves
68100SELANGOR