Just-code-it

Just-code-it

Share

26/05/2025

Fall. Fail. Break. Tapi Jangan Takut Terjatuh (Dalam Kod Pun Sama)

"Setiap kejatuhan itu bukan pengakhiran. Kadang-kadang, ia cuma exception tanpa try-catch."

Dalam dunia pembangun sistem, jatuh, gagal, dan ‘pecah’ tu perkara biasa:

Server down masa demo.

Kod tak compile 5 minit sebelum deploy.

NullReferenceException muncul entah dari mana.

User tekan benda pelik dan sistem ‘hang’ macam tengah fikir pasal ex. 😩

TAPI...
Jangan takut dengan tepi jurang — sebab setiap kebangkitan bermula dengan risiko.
Masa kau berani keluar dari comfort zone itulah sistem paling hebat kau akan lahir.
Berani cabar diri, berani belajar benda baru — dari monolith ke microservices, dari spaghetti code ke clean architecture. 💪

💡 Nasihat ikhlas dari coder yang dah banyak kali rollback production:

Jangan takut buat silap. Tapi tolong jangan buat silap terus kat server live.

Backup tu bukan cadangan. Itu rukun iman developer.

Kalau fail, istirahat, refactor, cuba lagi. Setiap bug ada fix — macam hidup, setiap masalah ada jalan.

🔥 Dare to risk. Dare to rise.
Itulah cara storm (masalah) bertukar jadi legend (cerita kejayaan).

Jadi, kalau hari ni sistem kau break lagi, atau boss tanya kenapa function lambat — senyum je.
Legend in the making, bro.

17/05/2025

"Do what scares you until it doesn't scare you anymore" – termasuk bila client suruh siapkan sistem seminggu.

Dalam dunia pembangunan sistem, kita selalu hadap perkara yang ‘menakutkan’:

Buat sistem sorang-sorang tapi requirement macam nak bina sistem NASA.

Last minute change sebab “bos baru tukar fikiran malam tadi”.

Demo sistem depan pengarah, tapi tiba-tiba butang “Submit” tak berfungsi.

Koding pukul 3 pagi sambil tanya diri, “Kenapa aku ambik bidang ni dulu?”

Tapi… lama-lama kita jadi lali. Kita mula belajar, mula grow. Apa yang dulu buat kita seram sejuk, sekarang kita hadap dengan senyum sambil minum kopi.

Pembangunan sistem ni ibarat bercinta dengan UI/UX yang cerewet, database yang complicated, dan client yang unpredictable. Tapi bila siap, perasaannya? Macam tengok anak sendiri grad universiti.

Nasihat saya kepada semua yang baru mula atau tengah rasa “aku tak boleh buat ni” — buat je dulu. Tak perfect tak apa. Lama-lama, benda yang menakutkan tu jadi biasa. Yang penting, jangan berhenti.

Dan ingat, kalau sistem tu takde bug langsung… itu maknanya anda lupa tekan “Run”.

08/09/2016

Hargailah ilmu yang dikongsikan kepada kita. Penghargaan kepada ilmu boleh ditunjukkan dengan kita mengamalkannya. Kekadang ada betulnya kekecewaan seorang pengajar apabila ilmu yang dikongsikan diambil mudah dan tidak dihargai. Sampai suatu tahap diperumpamakan seperti mengajar sang monyet supaya menghargai bunga.

Jika atitude kita kepada ilmu tidak dibetulkan, datanglah sebanyak mana kursus sekalipun, di akhirnya apa kita dapat hanya kekenyangan bila mana makan 3 kali sehari sepanjang kursus :) . Untuk mencipta alasan negetif memang mudah. Hargailah ilmu yang dikongsikan kepada anda walaupun ianya percuma.

Photos 06/09/2016

Jom cipta app seperti design ini menggunakan intel xdk. Ringkas dan menarik

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Batu Caves
86100