Eagle Rovers Gombak

Eagle Rovers Gombak

Share

Pasukan Pengakap Kelana E Gombak
Eagle Rovers Gombak

Berdaftar dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia :- M.9973 (25.06.2007)

https://www.instagram.com/eagleroverscrew/

Photos from Eagle Rovers Gombak's post 20/03/2026

Assalamualaikum & Salam Pengakap.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir dan Batin daripada kami semua.

Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat segala kekhilafan, kesilapan dan kekurangan sepanjang perkenalan serta urusan kita bersama. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan buat kita semua.

Semoga segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati, serta Syawal ini menjadi titik permulaan untuk kita terus memperbaiki diri dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita 🤍.

Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan yang tidak putus-putus. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Salam Aidilfitri 🌙✨

Ikhlas daripada kami.
Pasukan Pengakap Kelana E Gombak.

Photos from Eagle Rovers Gombak's post 15/03/2026

Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Pengakap

Wakil Pengakap Kelana E Gombak & Kelana Gombak memenuhi jemputan daripada Parlimen Gombak untuk menghadiri program ‘Moreh Belia Gombak’ bersama YAB Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Selangor di lokasi Dewan Rakyat Batu Caves.

Program moreh diteruskan dengan sesi perkongsian oleh wakil-wakil belia, diikuti Solat Isyak yang diimamkan oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Selangor.

Terima Kasih diucapkan kepada saudara Husaini dan saudara Azwin atas kerjasama antara Pengakap Kelana Gombak dan Parlimen Gombak.

Sekian, terima kasih. ⚜️

Photos from Eagle Rovers Gombak's post 14/02/2026

Assalamualaikum dan salam pengakap

14 Februari 2026, Penghargaan daripada PPRM Negeri Selangor kepada Pasukan Pengakap Kelana E Daerah Gombak atas sumbangan khidmat membantu program derma darah bertempat di Selayang Mall daerah Gombak anjuran PPRM Negeri Selangor.

Eagle Rovers Gombak

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


LOT 314 Jalan Laksamana 2, Kampung Laksamana
Batu Caves
68100