Politeknik Banting

Politeknik Banting

Share

03/06/2026

Tahniah kepada para pelajar Politeknik Banting Selangor yang berjaya mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam pemasangan lampu solar di kampus. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong amalan kelestarian alam sekitar, malah membuktikan keupayaan pelajar TVET dalam menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada komuniti kampus.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada pensyarah penasihat, Ts. Mohd Khairun Nizam bin Sa'adan dan Puan Adibah Hasanah Binti Abd Halim, atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan projek ini.

Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada warga PBS untuk terus berinovasi dan menyumbang ke arah pembangunan kampus yang lebih lestari.

02/06/2026

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada tiga atlet hoki Politeknik Banting Selangor (PBS), iaitu Muhamad Rifdi Hakim bin Muhamad Rizal, Muhammad Irfan Haiqal bin Shahrul dan Azfar Wazif bin Hatrihalobor yang kini sedang mengikuti sesi latihan bersama pasukan hoki SSN Predators sebagai persediaan menghadapi Kejohanan TNB Malaysian Junior Hockey League 2026.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta membuktikan komitmen, disiplin dan bakat yang dimiliki oleh para atlet PBS dalam arena sukan hoki. Semoga mereka terus berusaha dengan penuh dedikasi dan mengharumkan nama pasukan serta institusi di pentas kejohanan yang berprestij ini. Selamat berjuang dan semoga berjaya! 🏑✨

Photos from Politeknik Banting's post 02/06/2026

MALPTAAC Siri 17/26 🌲🪖

Majlis penyerahan bendera Kontinjen MALPTAAC PBS telah berlangsung di Kem Shah Alam pada 1 Jun 2026. Dalam majlis ini, Tuan Pengarah PBS telah menyerahkan bendera kontinjen kepada ketua pasukan MALPTAAC PBS iaitu saudara Prebet Muhamad Ariff bin Badrin dan seterusnya melakukan majlis "Flag off" pelepasan peserta kontinjen ke MALPTAAC 17/2026 di PUO.

​Pergerakan melibatkan 1 kereta dan 1 bas yang melibatkan 45 org peserta dan jurulatih Batalion Ke 2 Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Shah Alam yang ketuai oleh Mejar M. Sani bin Buang dan dibantu oleh Ts. Mohd Nasiruddin bin Hushim.

​Misi peserta PBS kali ini adalah dengan menggalas cabaran di Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) edisi ke-17. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pegawai dan anggota. Laksanakan tugas dengan penuh disiplin dan integriti!

30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Semoga Hari Wesak membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua yang meraikannya. Semarakkan nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan demi masyarakat yang lebih sejahtera.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga PBS

Want your university to be the top-listed University in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad Kuala Langat
Banting
42700