Hospital Banting
05/06/2026
SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF, UBAH SUAI DAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR MESIN AUTOCLAVE UNTUK PEMINDAHAN DARI BANGUNAN LAMA KE KOMPLEKS DEWAN BEDAH CSSD, DI HOSPITAL BANTING SELANGOR.
Tarikh lklan: 5 Jun 2026 (Jumaat)
Tarikh Lawatan Tapak: 9 Jun 2026 (Selasa)
Tutup lklan: 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Lobi Blok Pengurusan, Hospital Banting
Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh hubungi talian seperti berikut:
Puan Norma Pertaliza Binti Ramli- 03-3187 1333 samb. 224
Encik Samat Bin Abdul Hamid - 03-3187 1333 samb. 222
04/06/2026
πππππππ ππππ ππππ, ππππ. ππππ ππππππππ πΉ
Seluruh warga Hospital Banting merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Puan Syahidah binti Ahmad Jamalluddin, Timbalan Pengarah (Pengurusan), atas segala khidmat bakti, kecemerlangan kepimpinan, dan komitmen tinggi sepanjang berkhidmat di hospital ini.
Sesungguhnya, segala sumbangan dan bimbingan yang telah Puan berikan amat bermakna buat kami semua. Kami mendoakan agar Puan Syahidah sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan terus melakar kejayaan di tempat bertugas yang baharu.
Terima kasih, Puan Syahidah. Jasamu dikenang sentiasa! ποΈ
04/06/2026
β¨ πππππππ ππππ ππππ, ππππ. ππππ ππππππππ β¨
Susulan Sesi Penyerahan Tugas yang telah berlangsung pada 25 Mei 2026, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Hospital Banting merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh Puan Syahidah sepanjang tempoh perkhidmatan di Hospital Banting.
Segala usaha, dedikasi dan kepimpinan yang diberikan telah meninggalkan impak yang bermakna dalam memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan hospital ini.
Kami mendoakan agar Puan Syahidah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan berterusan dalam meneruskan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.
Terima kasih atas segala bakti. Budimu dikenang, jasamu tetap dalam ingatan.
π€π· Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam setiap langkah yang diatur. β¨
31/05/2026
πβ¨ Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku! β¨π
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini.
Mendoakan semoga Tuanku terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang berpanjangan, dan memerintah dengan penuh keadilan serta kebijaksanaan.
29/05/2026
β¨πΊππππππ π΄ππππππππ π·ππππ π²πππππππ β¨
Sebagaimana setiap manik Pinakol bersatu membentuk corak yang indah, begitu jugalah kita dalam kepelbagaian. β¨πΎ
Sempena Pesta Kaamatan tahun ini, mari kita hayati tema 'Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian'. Semoga hasil tuaian kali ini bukan sekadar padi yang menguning, tetapi kasih sayang dan toleransi yang semakin subur di hati kita semua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua rakan, keluarga, dan seluruh komuniti yang menyambut! Semoga semangat Misompuru (perpaduan) terus menyatukan kita. π€β€οΈ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Address
Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700