e-Alumni ilpkls

e-Alumni ilpkls

Share

Alumni ILP Kuala Langat (Official) mengumpulkan Graduan-Graduan ILP Kuala Langat di dalam satu platform untuk memudahkan pengesanan bekas pelajar, perkongsian idea dan aktiviti serta perjumpaan semula (Re-Union) dilaksanakan.

02/10/2014

[Sudikah anda berkongsi cita-cita?]

Page ini saya mulakan sebagai langkah awal untuk membantu pelajar memahami proses sebenar penghasilan Projek Tahun Akhir.
Saya empati apabila mendengar dan merasai sendiri kepayahan menyiapkan projek.
Saya fikir, apakah mampu saya untuk membantu, walau saya sendiri ada kekangannya.
Alhamdulillah, ramai pelajar yang menyokong usaha ini dan ramai yang telah berjaya dengan mengikuti sebaik mungkin tips-tips diberi.
Ini bukan page peribadi saya, ini adalah page anda semua.
Cita-cita saya,

1. Page ini akan mengumpulkan semua pelajar Diploma yang sedang dan telah lepas, supaya Jemaah ini semakin besar dan menyokong satu sama lain.

Yang telah lepas, boleh mencurah idea-idea projek, boleh membantu memberi solusi.

Yang sedang buat, boleh bertanya soalan dari rakan-rakan luar kampus anda. Yang di utara boleh bertanya yang di selatan. Belajar merentasi sempadan tembok pagar kampus.

Indahnya, jika seluruh Malaysia boleh bertemu dalam satu tempat pada satu masa. Berbincang hati ke hati permasalahan projek masing-masing. Disinilah tempatnya.

2. Rakan Pengajar dan Industri akan turut serta membantu pelajar yang dahagakan panduan dan pencerahan dari ilmu dan kemahiran tuan/puan yang luas.

Bayangkan persoalan pelajar Politeknik dijawab Pengajar ILP, ini benar-benar merentasi sempadan tembok kampus dan berjiwa demi negara.

Kedua-dua ini sedang saya usahakan. Tetapi ada IMPIAN yang lebih besar.

Inshaa Allah, saya kongsikan di lain masa. ("Blueprint" telah ada..).

~Admin ~

Jika anda sudi berkongsi cita-cita, bantu kami SHARE page ini, dan pujuk rakan-rakan LIKE dengan hanya satu KLIK.

Terima kasih atas kesudian dan usaha murni anda.

Projek Diploma Kemahiran - FYP Jadikan FYP Pengalaman Menyeronokkan & Kenangan Yang Terindah!

Want your school to be the top-listed School/college in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Sultan Abdul Samad
Banting
42700