Alpro Pharmacy Banting

Alpro Pharmacy Banting

Share

26/03/2026

"Kipas dah pasang nombor 5, tapi yang keluarnya angin berhaba. Malam pun berpeluh sakan macam duduk dalam oven!" 🥵🔥

Rupa-rupanya, rumah panas waktu malam berpunca daripada 7 KESILAPAN yang kita buat pada waktu siang

Jom semak

❌ 1. "Buka Tingkap Siang Hari"
Ini silap paling besar. Ramai ingat buka tingkap siang hari boleh sejukkan rumah. Hakikatnya, bila suhu luar cecah 38°C, anda sebenarnya sedang membawa masuk udara panas terik ke dalam rumah.

Haba ini akan diserap dan 'diperangkap' oleh dinding dan perabot (Thermal Mass).

❌ 2. Langsir Terbuka Waktu Petang
Cahaya matahari petang yang tembus tingkap kaca bertindak macam 'greenhouse' kecil. Ia bakar lantai rumah anda dan simpan haba tu sampai ke malam.

❌ 3. Kipas Siling Pusing Arah Salah
Sila dongak ke atas sekarang. Untuk cuaca panas, kipas siling mesti berpusing LAWAN ARAH JAM (counter-clockwise) untuk tolak angin ke bawah dan hasilkan 'wind-chill effect'.

❌ 4. Memasak 'Heavy' Waktu Malam
Dapur gas, oven, dan air-fryer keluarkan haba yang sangat tinggi.

Haba ini akan terperangkap dalam ruang tamu jika pengudaraan tak bagus.

❌ 5. Biar Peralatan Elektrik 'Standby'
TV, router WiFi, pengecas telefon, konsol game dan lampu kuning (mentol pijar) sentiasa membebaskan haba ke udara sekeliling walaupun anda tak perasan.

❌ 6. Tipu Termostat Aircond
Jangan letak lampu meja bertelungkup, TV, atau komputer berdekatan sensor Aircond. Sensor tu akan baca haba dari TV dan 'ingat' bilik masih panas, menyebabkan kompresor aircond terpaksa bekerja lebih masa dan cepat rosak.

❌ 7. Kelembapan (Humidity) Terlalu Tinggi
Kadang-kadang suhu bilik tu biasa je, tapi anda rasa rimas, melekit dan berpeluh.

Ini sebab udara terlalu lembap (wap air tinggi). Peluh di badan tak boleh meruap.

Photos from Nutritionistkkm's post 24/03/2026
23/03/2026

🌙 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐛𝐚.

Bila ziarah keluarga
atau balik kampung,
ramai juga yang akan bawa sedikit buah tangan.

Kadang hadiah itu kecil saja,
tapi niatnya besar —
nak mereka 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢.

🍊 𝐊𝐚𝐤𝐢𝐬𝐡𝐢𝐛𝐮
bantu hilangkan bau warga emas,
dirumus khas untuk kulit yang semakin berusia.

🌿 𝐃𝐢𝐫𝐮𝐦𝐮𝐬 𝐝𝐢 𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧
🌿 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝟒𝟎+

Satu tanda perhatian yang bermakna,
untuk mereka yang kita hormati.

👉 Kini boleh didapati di Alpro Pharmacy seluruh negara.

𝐓𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 — 𝐊𝐚𝐤𝐢𝐬𝐡𝐢𝐛𝐮 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 💛

21/03/2026

Meriah sungguh Hari Raya.

Jom amalkan tip ini untuk kekal sihat di Hari Raya...

✅ Kekal aktif bersama keluarga
✅ Teruskan usaha berhenti merokok
✅ Dapatkan tidur yang secukupnya
✅ Kawal pengambilan kalori
✅ Lakukan senaman dan latihan bebanan
✅ Kurangkan minuman bergula dan berkarbonat

Budayakan hidup sihat dan rasai manfaatnya!

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


NO 102, Jalan BUNGA PEKAN, BANTING
Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00