IKSN
Institut Kemahiran Sukan Negara (sebelum ini dikenali sebagai IKBN Kuala Langat) merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
07/06/2026
IKSN Raih Pingat Perak di PNiCC’26
Johor Bahru, 4 Jun 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila projek BIM Auto-Checking e-Profiling System™️ (BIMCheck Pro™️) berjaya meraih Pingat Perak dalam Kategori A: Sains Teknologi pada Pertandingan Inovasi & Kreativiti PMJB Peringkat Kebangsaan 2026 (PNiCC’26), yang merupakan penganjuran kali ke-9 oleh Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan tema “Inspirasi TVET Penggerak Inovatif Digital”.
Skop pertandingan meliputi 5 kategori utama iaitu Sains Teknologi, Sains Sosial, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Inventors NextGen dan Business Pitch, diikuti pengumuman pemenang yang dilaksanakan secara dalam talian.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan IKSN terdiri daripada YBrs. Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi, Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi, Nayli Syazwina Iyazi Binti Abdul Muhaimin, Saidatul Adriana Binti Khairul Nizam, dan Khairun Yasirah Binti Hawalit, daripada Jabatan Teknologi Awam.
Pencapaian ini amat signifikan kerana PNiCC’26 sendiri digagaskan sebagai medan pencetus idea, pemangkin kreativiti dan platform pengiktirafan hasil inovasi berimpak dalam bidang TVET.
Ia sekaligus mengharumkan nama IKSN dan menegaskan komitmen institusi dalam memperkasa TVET, penyelidikan gunaan dan inovasi berimpak tinggi yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Dengan pengiktirafan yang diterima di PNiCC’26, BIMCheck Pro™️ tampil bukan sahaja sebagai satu produk inovasi, tetapi juga sebagai penyelesaian strategik yang menyokong kelulusan bangunan yang lebih selamat, cekap, konsisten dan berteraskan data.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
12/05/2026
Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Bola Baling
Rangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 yang diadakan di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.
Kuala Langat, KASI SENGATTT!! 🐝🐝🐝
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN)
Banting
47200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |