TheSkop

TheSkop

Share

theSkop diuruskan oleh THESKOP TECHNOLOGY berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mula diperkenalkan pada April 2010 selepas pengasasnya menyedari kepentingan penulisan teknologi dalam bahasa Melayu yang boleh meningkatkan pemahaman dan pengetahun dalam bidang IT dan teknologi bukan sahaja masyarakat di Malaysia malah di Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini berikutan Bahasa Malaysia

05/06/2026

Formula Malaysia Kekalkan Keyakinan Pelabur Global!

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa Malaysia memerlukan hala tuju dasar dan rangka kerja kawal selia yang konsisten bagi memastikan pelabur kekal yakin terhadap agenda peralihan tenaga jangka panjang negara tanpa mengira sebarang perubahan kepimpinan politik. Menjelang tahun 2050, Malaysia menyasarkan 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik dipacu oleh tenaga boleh baharu, sekali gus menuntut penyelarasan yang lebih berstruktur antara kerajaan Persekutuan, negeri, dan majlis perbandaran. Bagi menyokong transformasi digital dan menstabilkan sistem grid ini, TNB turut memberi komitmen besar dengan menyuntik dana melebihi RM40 bilion untuk menaik taraf serta mendigitalkan seluruh sistem penghantaran tenaga negara.

02/06/2026

Titah Tegas Agong: Media Sosial Bukan Medan Fitnah & Bahaya Kebangkitan Deepfake AI!

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitipkan peringatan bermakna agar kebebasan bersuara tidak disalah gunakan sebagai alat menyebar kebencian dan kandungan palsu. Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap manipulasi teknologi AI dan video deepfake yang semakin licik menggunakan wajah serta suara tiruan termasuk visual baginda sendiri demi mengelirukan masyarakat. Susulan itu, Seri Paduka Baginda menyeru pihak berkuasa agar memperkasakan pemantauan siber dengan lebih agresif demi mempertahankan perpaduan, keamanan, dan kestabilan landskap sosial negara.

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Bangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Bangsar