Sekretariat Rukun Negara UKM

Sekretariat Rukun Negara UKM

Share

OBJEKTIF
-Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

-Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform' berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.

-Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk m

27/03/2024

Salam Nuzul al-Quran (1444H | 2023M) kepada semua rakan dan keluarga Islam!

IKHLAS DARIPADA Sekretariat Rukun Negara UKM

31/08/2023

[Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66]
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kemerdekaan ini besar nilainya buat kita semua. Ayuh Malaysia MADANI, Marilah kita kobarkan semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang. Semoga sambutannya kali ini akan menzahirkan sebuah patriotisme yang lebih tinggi dan jitu yang lahir daripada jiwa cintakan negara buat kita semua.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.

Bersempena dengan itu, Sekretariat Rukun Negara Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66! Merdeka Merdeka Merdeka!
Jangan Lupa, Kibarkan Jalur Gemilang!

26/05/2023

*JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BICARA PERPADUAN : PENGAJARAN DAN MOTIVASI*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara UKM akan mengadakan sebuah forum dengan tajuk *BICARA PERPADUAN: PENGAJARAN DAN MOTIVASI*

"Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah tergelap di Malaysia suatu ketika dahulu ❓"

Ayuh sertai kami pada :

🗓️ Tarikh : 27 Mei 2023 (Sabtu)

⏰ Masa : 8.30 pm - 10.00 pm

💻 Platform : Dalam Talian (Facebook Live Sekretariat Rukun Negara)

Forum ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

❗Merit i-Star akan disediakan untuk pelajar UKM.

❗SIjil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

📱019-2667808 (Yusuf)

📱016-3741499 (Justin)

Scan QR code di poster untuk pendaftaran atau menggunakan google form di bawah.

👉🏻 https://forms.gle/GZcTXGsKSczKa5jaA

Sekian, Terima Kasih.

*Sekretariat Rukun Negara*
*Universiti Kebangsaan Malaysia*

16/05/2023

[SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 16 MEI 2023]

“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani"

SRNUKM menyedari peranan guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei tahun ini, SRNUKM ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri mahasiswa. Peranan pendidik yang membina peribadi dan kisah kejayaan ramai umat manusia di luar sana.

Selamat Hari Guru !

13/05/2023

[13 MEI : HARI INI DALAM SEJARAH IKTIBAR PERPADUAN]

13 Mei mencatatkan antara tarikh bersejarah yg mustahak diperingati dan meninta noda paling hitam dalam pengisian bab-bab jurnal kemerdekaan tanah air kita sejak 31 Ogos 1957. Rakyat negara ini mestilah mengingatinya dan disetiap kali itu mengenang, menginsafi dan berjanjilah agar ia tidak akan berlaku lagi.

Tanah air ini sewajarnya menjadi semakin membesar dan matang. Tidak hanya ideologi politik dijadikan perkakasan perbalahan dan selisih faham. Milinea ini, Malaysia wajar mengorak langkah supaya politik dan perbezaan, benar² menjadi radas yg memperkasakan dan memperkemas nuansa kezahiran sebuah Bangsa Malaysia.

Dlm pengisian Kemerdekaan dan epik melankolik 13 Mei, kita mendoakan semoga perpaduan di Malaysia akan terus terjaga rapi dan dipermudahkan urusan membina watan perpaduan.

Want your university to be the top-listed University in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Universiti Kebangsaan
Bangi
43600