Dee Embroidery

Dee Embroidery

Share

Kelas Sulaman Berkomputer Face to Face & Online / Jual Mesin Brother
Servis Mesin / Jual Laptop Murah / Servis Laptop & PC
Terima Tempahan Sulaman

Authorized Sewing Educator & Sub Dealer for Brother International ( Malaysia )

20/03/2026

Semoga Aidilfitri kali ni membawa sejuta kebaikan dan keberkatan pada kita semua. Ramadan pastinya di rindui, Syawal kita sambut dengan kemenangan! Doa saya, kita semua di berikan kekuatan, kesihatan, rezeki dan kebaikan yang tak terperi mewahnya !

Ampuni juga salah silap saya dan isteri serta team saya seandainya ada yang mengguris hati, menjentik jiwa, merotan tangan dan tarik side burn ketika urusan kelas mahupun pembelajaran berlaku. Eh.

Apa apa pun doakan juga isteri saya, Fatin bakal bersalin anak sulung kami awal bulan Mei ni ( Jangkaan due date ). Doakan juga moga darah beku hilang juga sepenuhnya lepas bersalin. Sebenarnya tak sanggup nak cucuk ubat cair darah 2x sehari sejak beberapa bulan lepas. Kesian beliau. Saya yang cucuk pun kena tabah dan kuat tau. Kadang2 nervous juga sebab saya bukan nurse mahupun doktor kan. Huuuu.

Apa apa pun Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin! Dari saya, Cikgu Dee, Fatin, Team saya, Cikgu Khai Linaz Stitches, Cikgu Arfah ( Angah Teratai ), Cikgu Nora, Cikgu Juma, Cikgu Nurul, Cikgu Dila dan Cikgu Zuliah.

Photos from Dee Embroidery's post 04/12/2025

AKTIVITI CHECK & TEST LAPTOP SERTA TABLET

Biasanya kalau sebelum saya serahkan atau pos laptop / tablet pada pelanggan, saya akan ambik masa 1 - 2 hari untuk pandu uji.

Biasalah, barang dari luar negara ni bukannya kita boleh jangka akan elok 100%. Tapi kebiasaannya stok laptop / tablet refurbished yang saya jual ni takde lah bermasalah major pun. Cuma minor yang boleh diselesaikan terus. Kalau gamak gamak teruk problemnya, saya ganti unit lain atau claim refund pada supplier je.

Dan juga, saya selalu buat check dan test run ni dalam pukul 3 pagi. Time sunyi sepi tu la boleh fokus pada sebarang bunyi atau signal problem. Contoh macam dalam gambar tu. tengah prepare checking untuk laptop free gift dalam pakej mesin 15 Jarum & tablet tu pun sama. Untung tau beli mesin sulam dapat laptop / tablet ni. Dah tak pening2 dah. 🤣

Ada orang tanya saya, kenapa Cikgu Dee jual laptop jugak? Jawapan saya, sulaman berkomputer ni amat perlukan laptop. Jadi bagi yang tak mampu nak beli yang baru, beli yg refurbished ni pun okay dah. Fungsi masih sama, harga je la jimat sikit. Rata rata laptop refurbished ni tahan la juga 2 - 5 tahun kalau pandai guna dengan elok. Kalau guna tak reti, lepas tu main klik je iklan sembarangan, buka website bukan bukan, terkena virus ke trojan ke rosak la dia. 😆

Eh, saya pun guna yang refurbished jugak tau. Alhamdulillah masih elok dan cemerlang. Siapa yang belajar dengan saya berdepan pun tau kannnn. Hehe.

Nak beli laptop dengan saya? Ada promo Akhir Tahun tau! Klik je link di bawah untuk sembang dengan saya. Macehh

www.wasap.my/601137975689/laptoppromo
www.wasap.my/601137975689/laptoppromo
www.wasap.my/601137975689/laptoppromo

29/10/2025

Unboxing mesin 15 Jarum 15 benang di Kemas Paya Jaras

Photos from Dee Embroidery's post 27/09/2025

"Cikgu, komputer kak jadi slow awat tak tau?"

"Sat, saya cek RAM berapa na"

*godek godek task manager*

"Kak, ni slow pasai RAM dia 4GB saja. Kalau nak upgrade tambah ram saja pun boleh, nak delete virus saja pun boleh ja."

"Cikgu rasa lagu mana?"

"Saya rasa elok tambah ja lagi 4GB ram jadi total 8GB kelajuan ram akak. Software sulam yang berat ni biasanya perlukan 8GB ram baru stabil sikit, ditambah akak pun storan mmg dah SSD jadi makin mantap la insyaAllah. "

"Ok cikgu buat la saya tinggai kat cikgu dulu."

" Baik kak Salbiah ."

Tetiba Kak Rokiah masuk,

"Cikgu, buat laptop kak sama, slow taktau pasaipa padahal baru tukaq skrin ja hari tu."

"Nohhhh.. baik kak, akan saya buat all the besttt"

Cikgu Dee
(Kelas Lanjutan Sulaman di Gurun tadi)

www.wasap.my/601137975689/servislaptoppc
www.wasap.my/601137975689/servislaptoppc
www.wasap.my/601137975689/servislaptoppc

Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Southville City
Bangi
43800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 12:00
15:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 18:00