Public Gold

Public Gold

Share

Priority Dealer Public Gold #PG01021043
💰 Misi: ingin membantu 1000 individu untuk celik emas dan capai #1kg1keluarga
daftar di https://www.publicgoldofficial.com/app/link/noraismail/cara-bermula

12/12/2024

Sedikit perkongsian dari mahaguru emas

Ini adalah satu pengalaman menarik yang pernah saya jumpa sepanjanag terlibat dengan emas sejak 2008.

"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".

Ceritanya macam nie...
Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.

Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.

Dia tak beli item lain. Dia hanya fokus simpan 1 Dinar.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas 👍👍👍

Saya tak tanya p**ak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.

Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit.

Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas.

Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama).

Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.

Sijil ketulenan p**a diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.

Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"

"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.

"Saya nak beli tanah" jawab dia...

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset 👍😃😃" Balas saya.

Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.

Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.

Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.

Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.

Silakan

Want your business to be the top-listed Media Company in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Bandar Baru Bangi
Bangi
43650