MengajiSpace.com

MengajiSpace.com

Share

Impian kami adalah untuk memastikan anda cekap dan lancar membaca Al-quran. Ayuh kita tempuhi jalan ini untuk kita raih redha Ilahi.

20/04/2022

๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—ฃ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—›

Salah seorang sabahat Rasulullah iaitu Saidina Usman terlupa untuk membayar zakat fitrah hingga selesai solat Aidilfitri. Sebaik sahaja teringat, Saidina Usman segera p**ang ke rumah dan mengambil seekor unta yang paling bagus miliknya untuk dijual. Duit hasil jualan unta tadi dia gunakan untuk memerdekakan seorang hamba yang merupakan seorang kanak-kanak.

Setelah selesai memerdekakan hamba itu, Saidina Usman menghadap Rasulullah saw dan berkata :

"Ya, Rasulullah , bahawasanya saya telah lupa membayar zakat fitrah, namun saya telah menjual seekor unta yang paling bagus dan saya gunakan untuk memerdekakan seorang budak. Apakah itu setara nilainya dengan zakat fitrah yang saya terlupa membayar itu ?"

Di hadapan para sahabat, Rasulullah saw kemudian menjawab :

"Sangat merugikan bagi sesiapa pun yang tidak membayar zakat fitrah , kerana pahala zakat fitrah itu sangatlah tidak terhingga. Jangankan memerdekakan seorang budak, memerdekakan 100 orang budak pun tak akan dapat menyamai pahala zakat fitrah."

Berdasarkan kisah ini, bolehlah kita membuat kesimp**an bahawa tanggungjawab membayar zakat fitrah datang dengan ganjaran yang sangat besar. Rugilah kalau kita gagal untuk menunaikan kewajipan tersebut.

19/04/2022

๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก...

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ป๐˜‚๐˜‡๐˜‚๐—น ๐—พ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan โ€˜Nuzulโ€™ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. โ€˜Al-Quranโ€™ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata โ€˜al-Quran mukjizat akhir zamanโ€™ atau โ€˜al-Quran yang mempunyai mukjizatโ€™. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-Anโ€™am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr p**a bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-โ€˜Alaq. maksudnya:

โ€Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.โ€ (al-โ€˜alaq:1-5)

https://t.me/joinchat/JkowMxXVEfahnq9HhoE8sQ

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


NO 29A, Taman IKS, Seksyen 9, Bangi. Selangor.
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30