Educare4u
Tiga sifat yang sangat utama bagi kejayaan seorang muslim:
✅Ikhlas
✅Istiqamah
✅Sabar
Dalam hidup manusia Allah uji kita dengan 4 perkara: (2 perkara yang menyenangkan & 2 perkara yang tidak menyenangkan)
Dua perkara yang menyenangkan ialah:
1) Potensi untuk berbuat benda-benda baik seperti ada perasaan kasihan belas, ada perasaan ingin menolong, s**a kepada benda yang baik dan seumpamanya. Maka teruskan teruskanlah kerja-kerja dari cetusan potensi itu, sebelum Allah tarik balik potensi itu, dan syaitan mengambil alih.
2) Pelbagai nikmat yang kita terima setiap hari. Maka hendaklan kita banyak bersyukur atas segala nikmat itu dengan ucapan syukur dan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala laranganNya sebelum Allah tarik balik nikmat-nikmat itu.
Dua perkara yang tidak menyenangkan ialah:
1) Bala' seperti sakit, miskin, kena fitnah, kematian keluarga tersayang dan seumpamanya. Maka hendaklah kita sabar dan yakin pada Allah bahawa bala' itu Allah tidak kenakan kepada kita dengan sia-sia. Allah kehendakki kita bersabar untuk Allah mengkifaratkan dosa dan memberi balasan pahala yang banyak.
2) Terlaku perbuatan-perbuatan dosa. Jika ini berlaku Allah kehendakki kita supaya beribadat, berdoa dan bertaubat nasuha dengan Allah. Dengan ini kita menjadi dekat dengan Allah.
Jika ini memberi kebaikan kepada anda, sila share
MAKSUD KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI (COMMUNICATION SKILL)
🔰Iaitu menguasai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia & lain-lain bahasa yang berkaitan.
MENGAPA IA PENTING ?
🔰Dalam dunia kerjaya atau pekerjaan, manusia perlu berkomunikasi dalam perhubungan seharian, dalam mesyuarat, seminar, pembentangan kertas kerja dan lain-lain.
🔰Orang yang pandai berkomunikasi mempunyai daya tarikan serta pengaruh dan boleh membantu dalam kerja-kerja pemasaran, perundingan dan kempen.
CARA
🔰Mempunyai tekad untuk menguasai kemahiran berkenaan.
🔰Menghadiri kursus-kursus latihan yang berkenaan.
🔰Membuat latihan-latihan komunikasi secara bersendirian.
Jika rasa bermanfaat sila klik like page Educare4u dan SHARE
03/09/2021
MAKSUD KENALI KEHENDAK MAJIKAN & PELANGGAN (IDENTIFIES & SATSFIES EMPLOYER'S & CUSTOMERS' NEEDS)
🔰Iaitu ada usaha untuk mengenali apa yang dikehendaki oleh majikan dan pelanggan-pelanggan dan berusaha memenuhi kehendak-kehendak tersebut.
🔰MENGAPA IA PENTING?
Kerana tanpa mengenali kehendak majikan dan pelanggan berkemungkinan segala usaha dan tindakan yang dilakukan tidak berkesan dan tidak akan mencapai matlamat.
Dalam dunia perniagaan sekarang pelanggan dianggap raja (customer is the king)
🔰CARA
Mempunyai tekad untuk memberi perhatian yang serious terhadap perkara ini.
Sentiasa membuat penyelidikan / perbincangan untuk mengetahui kehendak majikan dan pelanggan-pelanggan dari masa ke semasa.
Sekiranya jabatan atau syarikat menyediakan perancangan strategik atau business plan - teliti dan hayati visi, misi, strategi dan program-program yang ditentukan supaya segala tindakan yang diambil adalah selaras dengan kehendak jabatan / syarikat atau majikan.
NOTA: Sekiranya ia bermanfaat sila share. Sekiranya ada kemuskilan sila hubungi page Educare4u
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Lot 122, Jalan Iman 1
Bandar
43100