FBS HealthStore

FBS HealthStore

Share

10/09/2025

Bila adik-beradik sepakat, segalanya jadi mudah dan cepat. ❀️
Pagi tadi, seorang adik datang ke farmasi kami. Tanya dengan teliti pasal katil hospital manual 2 crank – nak pastikan sesuai untuk kegunaan di rumah. Siap tanya fungsi, cara guna, dan minta penerangan satu-satu. Katanya, nak balik bincang dulu dengan keluarga.
Petang tu p**a, abang dia datang terus buat pembelian. Katanya dah bincang sekeluarga, semua setuju untuk dapatkan yang terbaik buat ahli keluarga mereka yang memerlukan. πŸ›οΈβœ¨
Seronok tengok adik-beradik yang sepakat, sama-sama fikirkan keselesaan dan kebajikan orang tersayang.
Terima kasih kerana percayakan kami untuk bantu sediakan keperluan kesihatan anda. πŸ™

15/07/2025

πŸ’– Kecil pada kita, besar maknanya buat mereka...

Hari ini, salah seorang pelanggan kami di Farmasi Bagan Serai telah melakukan satu amal jariah yang sangat bermakna β€” mewakafkan 2 buah kerusi roda 🦽🦽 untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan ini akan disalurkan melalui NGO yang bekerjasama dengan kami, dan insyaAllah akan sampai kepada insan-insan yang betul-betul memerlukan. 🌍✨

Di farmasi ini, kami bukan hanya menjual ubat dan produk kesihatan, tetapi juga ingin menjadi jambatan kebaikan buat anda semua yang ingin berkongsi rezeki dan menyebarkan rahmat.

βœ… Kalau anda berhajat nak wakafkan apa-apa barangan kesihatan seperti:

β€’ kerusi roda
β€’ tongkat
β€’ alat bantuan pernafasan
β€’ blood pressure monitor
β€’ glucometer
β€’ atau barangan kesihatan lain…

Anda boleh datang terus ke Farmasi Bagan Serai, dan kami akan bantu sampaikan kepada NGO atau pihak yang memerlukan πŸ’ͺ🏼

✨ Wakaf anda mungkin nampak biasa, tapi kesannya luar biasa.
Moga jadi saham akhirat yang tak pernah putus. Ameen 🀲🏼

πŸ“Farmasi Bagan Serai β€” Kebaikan bermula di sini.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Bagan Serai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Bagan Serai