nanoSTIX
02/07/2025
PERMOHONAN MAAF
Kepada Pelanggan Yang Dikasihi,
Kami sedar, ada yang tidak kisah tentang pod tiruan. Itu hak masing-masing.
Namun, bagi anda yang mementingkan keselamatan, kualiti dan tanggungjawab, kami akan terus berjuang untuk menjaga integriti produk ini. Samada dari segi undang-undang hak cipta, mahupun melalui kerjasama dengan pihak berkuasa.
Pod tiruan bukan sekadar soal harga. Ia tidak dikawal selia, tidak membayar cukai, dan dijual oleh pihak yang akan hilang jika masalah timbul.
Kami membina jenama ini secara tempatan.
Kami membayar RM4.80 cukai untuk setiap pod, mencipta peluang pekerjaan di seluruh negara, dan mematuhi undang-undang Malaysia.
Tanggungjawab ini datang dengan kos. Bukan kerana tamak, tetapi kerana patuh undang-undang dan jaga keselamatan pengguna.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kami juga tidak terkecuali.
Jadi itulah sebabnya harga pasaran ditetapkan pada RM 15 dengan ruang margin keuntungan sebanyak 25% untuk peniaga.
Sebaliknya, mereka yang menciplak ini hanya menyeludup dari China, kemudian menjual dengan harga sedikit murah tanpa tanggungjawab dan tanpa akauntabiliti.
Cuba tanya, di mana kilang mereka di Malaysia?
Kami mohon maaf jika prinsip ini membuatkan kami nampak "mahal" di mata sesetengah orang.
Kami masih percaya bahawa yang betul tetap betul, walaupun ia bukan jalan yang mudah.
Kalau anda mencari yang nampak murah tetapi berisiko, memang sentiasa ada. Pasaran kini dibanjiri dengan tiruan, salinan dan klon murah. Mereka jual laju, lesap lebih laju.
Tetapi jika anda mencari yang asli, selamat dan boleh dipercayai, kami di sini hanya untuk anda, pelanggan yang kami kasihi.
Pilihan di tangan anda.
Pasukan Nanostix
30/06/2025
NANOBOX DILANCARKAN – LIMITED LOCATION ONLY
Setelah penantian panjang, akhirnya Nanobox kini rasmi dan telah menerima kelulusan SIRIM.
Pembelian hanya dibuka di 2 lokasi rasmi Nanostix SAHAJA:
• Nanostix Flagship Store, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
• Nanostix Penang, Jalan Baru, Seberang Perai
Tiada jualan secara online atau melalui ejen buat masa ini.
Untuk pembeli terawal, hadiah misteri eksklusif disediakan.
Stok terhad. Siapa cepat, dia dapat.
09/09/2024
Memperkenalkan Device Fast Charging Terbaharu Nanostix!
Kini anda tak perlu tunggu lama lagi, device Ultra Fast Charging Nanostix boleh mengecas dalam masa beberapa minit sahaja!
Nikmati pengalaman bersama Nanostix tanpa gangguan dengan kelajuan pengecasan yang luar biasa!
Dapatkan device terkini di Kedai Eksklusif Nanostix berdekatan anda hari ini!
27/08/2024
Giveaway Winner Announcement!
Tahniah kepada 24 pemenang bertuah Nanostix X Art of Speed Merchandise Giveaway!
Terima kasih di atas sokongan korang buat Nanostix dan Art of Speed Malaysia. Jom sama-sama kita berhenti merokok dengan Nanostix hari ini!
Nanostix - The Better Alternative
Saksikan highlight dari Sambutan Hari Raya Kustom di Art of Speed Malaysia 2024 yang telah melabuhkan tirainya!
kepada yang terlepas untuk bersama kami, jom rebut peluang untuk dapatkan merchandise Nanostix X Art of Speed PERCUMA dengan beberapa cara mudah:
Step 1: Like, Share & Komen posting Instagram (Video highlight di AOS)
Step 2: sambungkan ayat "Nanostix memang....." di ruang komen.
Step 3: Lengkapkan borang penyertaan - http://tiny.cc/AOSMERCHANDISE
Step 4: Nantikan pengumuman pemenang pada 26 Ogos 2024!
Jom semua, banjiri komen korang dibawah!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ampang
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Saturday | 09:00 - 21:00 |
| Sunday | 09:00 - 21:00 |