Akar

Akar

Share

MIMIFLY - ANGKAT (Official Video) 06/01/2025

Bangga! Itu yang apa kami boleh ungkapkan selaku pemerhati industri muzik dan filem tempatan khususnya dari komuniti "independent". Kami harap, lebih ramai peminat muzik tanah air dapat berikan ruang dan sokongan buat Mimi Fly supaya karya beliau dapat terus berkembang jauh dan menjadi pemacu industri ke tahap lebih tinggi.

Tahniah Mimi atas karya ini dan kami sangat s**a "your touch on the sign language as part of your move". Tonton MV baharu dari Mimi di pautan berikut dan jom kita jadikan dia lebih 1,000,000 tontonan dalam tempoh 1 bulan dilancarkan ni.

MIMIFLY - ANGKAT (Official Video) AngkatAku sudah tidak percaya padamu lagiLebih baik engkau segera angkat kakiAku sudah tidak percaya padamu lagiLebih baik engkau segera angkat kakiAyyyyKau ...

Photos from Akar's post 11/11/2024

TUFF KL MEMPERSEMBAHKAN ONE LOVE MUSIC 2024: PENGUMUMAN BARISAN ARTIS DAN BUTIRAN ACARA

KUALA LUMPUR, 6 November 2024 - Satu sidang media telah diadakan hari ini di Cornerstone IPC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, bagi memberikan gambaran sekilas mengenai One Love Music Festival, yang akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang. Penganjur, Tuff KL, mendedahkan bahawa One Love Music Festival menjanjikan festival muzik 12 jam tanpa henti yang bersejarah, menampilkan persembahan daripada 12 artis ikonik, termasuk artis dari Malaysia dan Indonesia. Antara persembahan utama adalah daripada kump**an pop**ar seperti Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, dan pencetus irama Ska di Malaysia, kump**an Gerhana Ska Cinta. Festival ini juga akan menampilkan persembahan daripada Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.

Dengan lebih 4,000 tiket telah dijual, keterujaan sekitar festival itu semakin meluas. Terdapat pelbagai pilihan struktur tiket ditawarkan, termasuk Early Bird (Berdiri) pada RM55, General Admission RM150, Rockzone pada RM169, dan pakej Meet & Greet eksklusif pada harga RM450 (terhad kepada 50 peminat). Tiket dibuka untuk jualan di www.ticketmelon.com/olmfest.

Menurut Muhammad Zul Aqil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, penubuhan Tuff KL adalah dengan misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.

“Sejak awal kami pada 2021, kami telah berkembang daripada menjual merchandise pertama kepada penganjuran acara yang bukan sahaja menghibur tetapi juga memberi impak,” ujar Muhammad Zul Aqil, atau lebih mesra dikenali sebagai John.

Tambah beliau lagi, One Love Music Festival bukan sekadar konsert; ia adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang. Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung.

Sementara itu, penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE turut berkongsi kegembiraan mereka berhubung kerjasama dengan Tuff KL untuk One Love Music Festival ini. Encik Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia MOVE berkata, “Acara seperti One Love Music Festival pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa. Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap untuk membolehkan pencinta muzik dan peminat artis hebat ini menikmati pengalaman perjalanan yang lancar kerana mereka dapat menempah tiket acara, penerbangan, hotel, perjalanan mereka ke tempat itu. dan banyak lagi dengan nilai terbaik melalui aplikasi AirAsia MOVE. Kami tidak sabar-sabar untuk menjadikan One Love Music Festival pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua orang bersama Tuff KL”.

Dengan kerjasama seperti AirAsia MOVE dan sokongan lebih 20 universiti awam dan swasta, Tuff KL mengaplikasikan strategi penjenamaan unik dengan melibatkan pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer yang akan memanfaatkan platform mereka untuk menghebahkan pendedahan mengenai acara ini. Pendekatan lazim ini bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.

Dengan festival yang semakin hampir, keterujaan semakin memuncak untuk acara muzik terbesar di Malaysia tahun ini. Tuff KL, dengan kerjasama Dzili Empire dan rakan strategik lain, berhasrat untuk mencipta pengalaman festival yang tiada tandingannya, meraikan kuasa muzik untuk menyatukan orang dari semua lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai One Love Music Festival, ikuti akaun media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

Photos from Akar's post 09/11/2024

BATAL BUKAN MAKSUD GAGAL

Terpanggil kami ingin menulis tentang konsert Aisha Retno di Zepp KL yang dibatalkan oleh pihak pengurusan beliau baru-baru ini. Apa yang mencuri tumpuan adalah sebilangan besar yang memberikan galakan dan semangat buat Aisha untuk terus berkarya dengan lebih baik.

Apa pun, kami percaya pihak mereka pastinya akan merancang showcase yang lebih “intimate” buat peminat Aisha Retno. Anda belum pernah mendengar alunan suara beliau? Dengarkan lagu ini di YouTube atau Spotify.

https://youtu.be/I34v-uVoJi8?si=gmOWc-DmXZ_5LEkk

Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Art

Address


Taman Dagang
Ampang
68000