Red Bubbles
RED BUBBLES or Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL & Selangor is a non-profit organisation established in April 2011, and registered under Registrar of Societies with registration number: 2095-11-WKL.
06/05/2025
Dua minggu lepas kami bertugas menghibur kanak-kanak pesakit kanser di Wad Pediatrik Hematologi, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.
Saya bergandingan dengan Oceans yang kebetulan datang ke KL dari Penang.
Ketika kami sampai di wad, ketua jururawat, Puan Hasmida awal-awal lagi sudah siapkan kami dengan senarai nama pesakit yang boleh kami lawati pada hari itu.
Ada enam orang pesakit kanser kanak-kanak yang akan kami hiburkan nanti.
Ada yang menghidap Neuroblastoma, Acute Myleoid Leukemia dan Acute Lymphobastic Leukemia.
Umur mereka p**a, ada bayi 6 bulan, 2 tahun, 7-8 tahun dan paling tua 13 tahun.
"Mak baby 6 bulan tak kasi sentuh anak dia ya!" Pesan KJ kepada kami.
Saya tersenyum dalam hati. S**a saya dengar pesanan yang sangat penting ini.
Ketika menghibur anak-anak di wad mana-mana sekalipun, kami sentiasa beringat untuk tidak menyentuh pesakit.
Ini bagi mengelakkan risiko berlakunya jangkitan.
Justeru rutin kami setiap kali datang menghibur di wad, kami mesti cuci tangan sebelum dan selepas menghibur setiap pesakit.
Kita ini berada di wad semata-mata untuk menyebar senyuman, dan bukannya kuman!
Hari itu kami berjaya menguntum senyum si adik L yang berusia 13 tahun.
Dia menghidap Lymphoma. Rambutnya sudah gugur kesemuanya kerana kesan kemoterapi.
Kami masuk ke biliknya dengan aksi spontan seolah berada di stesen angkasa lepas. Oceans menurut sahaja melakonkan aksi seorang angkasawan terapung di udara tanpa graviti.
Si L tersengih melihat kelakuan tak masuk akal kami itu. Haha.
Tapi saat kami menghulur sampul duit Raya kepadanya (Syawal belum habis lagi pada hari itu gais! 😋), dia cepat-cepat menyambar.
Saya p**a sengaja tak mahu lepaskan. Lalu berlakulah aksi tarik-menarik duit raya antara clown dan si L.
Emak L terus ketawa melihat aksi lucu itu. Haha.
Selesai di bilik L, kami akhirnya tiba ke bilik bayi berusia 6 bulan. No touching. Pesan KJ Hasmida kami sentiasa ingat.
Baby F namanya dan menghidap Acute Myleoid Leukemia.
Dengan Baby F kami menukar rentak. Kali ini aksi kami menjadi "slow motion" Oceans memetik ukulele dan kami mengalun lagu soft lullaby untuknya.
Dia memandang kami dengan wajah yang terkesima. Ibunya tersenyum.
Guru hospital clowning saya, Michael Christensen pernah beritahu dahulu, inilah 'sublime moment' yang sering berlaku dalam tugas seorang hospital clown. Saya bersyukur.
Banyak momen yang ingin saya ceritakan sewaktu kami menghibur di wad hematologi itu tempoh hari.
Namun tak terluahkan apa yang dilihat dan dirasa ketika berada di wad itu. Malah nak tulis catatan ini pun ambil masa hampir dua minggu. Tulis, padam. Tulis, padam.
Tak mengapalah, ini pun satu permulaan yang baik.
Walau apa pun, it is great to be back in the cancer children ward.
Kami akan berkunjung lagi ke sana dalam bulan ini.
Mohon sokongan dan doa daripada kawan-kawan semua kepada usaha menghibur anak-anak yang menghidap penyakit berbahaya dan kritikal di wad ini.
Usaha kami bergantung sepenuhnya kepada bantuan kalian.
Sekiranya kawan-kawan ingin menyumbang seikhlasnya kepada tabung Red Bubbles, maklumat akaun dan QR code ada dikongsikan di ruang komen.
Terima kasih didahulukan atas sumbangan ikhlas kalian. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa. Amin.
26/02/2025
Ini detik kami bertugas buat kali pertamanya sebagai hospital clown menghibur pesakit kanak-kanak di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada tahun 2012.
Sudah pun 13 tahun ia berlalu.
Latfy, sahabat baik saya ini sebenarnya jadi 'bidan terjun' sebagai clown doctor pada hari itu.
Kerana pada saat itu saya amat memerlukan dan sedang mencari-cari seorang 'clown partner' untuk bergandingan di wad pediatrik.
Beliau tanpa banyak soal terus menawarkan diri.
Sebab itu kalau dapat lihat di gambar ini, dia hanya sempat menyarung lab coat, red nose dan sebuah ukulele.
Semalam saya sengaja Whatsapp beliau gambar ini untuk mengenang kembali kenangan manis kami beraksi saat itu.
Terus dia balas,
"Mak aih, terasa tua!" Haha.
Beberapa hari yang lalu, kami telah dapat berita gembira. Lama juga berusaha dan menunggu jawapannya.
Alhamdulillah, pasukan clown doctors Red Bubbles telah mendapat kebenaran rasmi untuk berkhidmat bagi menghibur pesakit kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Sultan Abdul Halim itu.
Kemungkinan besar lawatan secara bulanan.
Besar ertinya khabar baik ini kepada usaha kami.
Nanti mudahlah kami nak melatih si Oceans, clown doctor muda kami yang menetap di Pulau Pinang supaya beliau boleh menerajui program hospital clowning di sebelah utara Semenanjung.
Apabila diberitahu, dia nyata sangat gembira!
"Hospital itu dekat. Sejam sahaja dari rumah saya!" Katanya girang.
Kami juga akan dapat meneruskan usaha melatih sukarelawan belia yang berpotensi untuk berkhidmat sebagai clown doctors di sana kelak.
Malah selepas Raya nanti kami akan berkongsi pengalaman dan kemahiran kepada pelajar seni persembahan di USM melalui satu bengkel latihan yang sedang diusahakan.
Sekarang ini kami sedang berusaha meraih dalam anggaran RM15,000 bagi melaksanakan program menghibur pesakit kanak-kanak di Hospital Sultan Abdul Halim ini.
Dana itu akan membantu menampung kos perjalanan, penginapan dan juga latihan berterusan kami di sana.
Sekiranya ada sahabat sahabat ingin membantu sama seikhlas hati, bolehlah menyumbang kepada usaha Red Bubbles melalui maklumat lanjut di ruangan komen.
Semoga usaha bagi menghibur pesakit kanak-kanak di negeri Jelapang Padi ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih didahulukan atas sumbangan dan bantuan kawan-kawan semua. Moga Allah balas budi baik kalian dengan rezeki yang murah. Amin.
03/02/2025
Alhamdulillah kayuhan amal Red Nose Ride 2025 dari Tumpat ke Dungun tamat pada lewat petang Sabtu di Pantai Sura, Dungun.
Kayuhan pada hari terakhir memang cukup mencabar.
Laluan dari Kuala Terengganu ke Dungun merentasi kawasan yang berbukit bukau. Tambah p**a, rintangan angin di hadapab melambatkan lagi kayuhan.
Apabila masuk ke kawasan bandar Dungun, kenderaan juga semakin banyak dan laju dan boleh membahayakan para peserta kayuhan yang sudah keletihan.
Namun Alhamdulillah akhirnya mereka selamat tiba di garisan penamat.
Kutipan amal Red Nose Ride ini bagi membantu program menghibur pesakit kanak-kanak Red Bubbles di hospital juga sudah berjaya meraih RM4674 setakat hari ini.
Sasaran kita sebanyak RM10000. Justeru kita masih berusaha mengumpul dana secukupnya.
Malah, ada beberapa orang peserta juga akan meneruskan kayuhan mereka bagi melengkapkan jarak 350KM.
Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin membantu seikhlas hati, boleh salurkan sumbangan kalian melalui pautan kod & no.akaun di ruang komen.
Terima kasih didahulukan atas bantuan kawan-kawan semua. Semoga rezeki kalian murah sentiasa. Amin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
190A, Lorong Kempas 2, Kg. Melayu Ampang Tambahan
Ampang
68000