Vsion Project
14/11/2025
[Bagaimana Menjana Pendapatan Pasif?]
π£ Pendapatan pasif memberikan banyak kelebihan dalam kehidupan seharian antaranya seperti:
1. Kebebasan masa. Anda boleh susun masa anda sendiri dan anda bebas memilih untuk melakukan aktiviti yang anda s**a.
2. Kestabilan kewangan. Pendapatan pasif bukan sahaja memberikan kestabilan kewangan, malah ianya boleh menjadi platform untuk mencapai kebebasan kewangan.
3. Masa hadapan yang lebih terjamin. Anda tidak perlu lagi stress memikirkan masalah kewangan.
β¦ Anda boleh menjana pendapatan pasif dengan melakukan langkah-langkah dibawah.
1. Jana pendapatan dari pelbagai sumber pekerjaan.
βͺ Selain pekerjaan tetap, anda boleh lakukan kerja sampingan mengikut kemahiran yang anda miliki untuk menambah sumber pendapatan.
βͺ Sekarang sudah banyak pekerjaan yang boleh dibuat secara sambilan, anda boleh pilih mengikut kesesuaian.
βͺ Berbelanja di bawah kemampuan dan simpan wang lebihan.
2. Gunakan wang lebihan untuk menjana pendapatan pasif melalui pelaburan.
βͺ Belajar melabur, mulakan dengan laburkan masa anda untuk menuntut ilmu pelaburan.
βͺ Rancang pelaburan anda. Melalui pelaburan, anda berpotensi menggandakan wang lebihan dengan efektif.
3. Pulangan pelaburan menggantikan sumber pendapatan.
βͺ Jika anda berjaya membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan dan melakukan teknik compounding, p**angan pelaburan anda akan sampai tahap dimana ianya melebihi daripada gaji yang anda perolehi dengan bekerja.
βͺ Pada ketika ini, anda sudah boleh mencapai kestabilan kewangan. Pelaburan juga boleh dijadikan platform untuk anda mencapai kebebasan kewangan.
π£ Belajar menyimpan dan melabur bermula dari sekarang. Jangan sia-siakan masa yang anda. Lebih cepat anda mulakan, lebih cepat anda akan nampak hasilnya.
Terima kasih kerana membaca posting iniβΊ. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.π
07/11/2025
π£ Apabila anda mula berminat terhadap sesuatu perkara baru, pernah tak anda rasa menyesal dan terfikir...kenapalah anda tidak mulakannya dari dulu lagi?
π£ Begitu juga dengan pelaburan saham. Ramai pelabur yang baru terlibat dengan pelaburan saham rasa menyesal kenapalah mereka tidak mula belajar melabur saham seawal mungkin.
π£ Perasaan ini akan semakin bertambah apabila mereka dapat lihat sendiri bagaimana rakan-rakan pelabur lain yang sudah mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pasaran kelihatan mudah saja membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
π£ Ilmu dan pengalaman saja yang membezakan di antara kedua mereka. Pelabur yang anda lihat berjaya membuat keuntungan secara konsisten sekarang ni juga lalui proses yang sama seperti pelabur baru semasa diperingkat awal mereka memulakan pelaburan saham.
π£ Jika anda baru memulakan pelaburan saham, trust the process. Fokuskan kepada bagaimana untuk menjadi pelabur yang lebih bagus pada setiap hari. Anda juga mampu berjaya seperti atau lebih daripada mereka apabila sampai masanya.
π£ Jika anda belum mulakan belajar ilmu pelaburan saham, better late than never. Belum terlambat jika anda nak mulakan sekarang. Selagi anda mempunyai keinginan, anda pasti boleh melakukannya.
π£ Sekarang ini semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Nak melabur saham pun boleh dilakukan hanya dihujung jari. Persoalannya, nak atau tak nak sahaja.
π£ Tidak guna menyesal di kemudian hari. Manfaatkanlah masa yang anda miliki sekarang untuk memajukan kewangan anda dan keluarga demi kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
Terima kasih kerana membaca posting iniβΊ. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No G12, Jalan DaGang B/3A, Taman Dagang
Ampang
68000