OH Ya
Kadang hidup ni bagi kita banyak isyarat kecil,
tapi kita cuma perasan bila ada yang menyentuh hati dan buat kita terfikir, “Oh ya… betul juga.”
Di sinilah OH Ya bermula. Kami kongsikan kisah dan isu yang dekat dengan hidup kita,
tentang kesihatan, keluarga, kehilangan, harapan, dan semua yang manusia rasa. Sebab bila kita faham, barulah kita mula jaga diri, hati, dan orang sekeliling. Misi Kami
08/07/2026
"Mungkin sebab makan pedas semalam kot..."
Itulah yang selalu kita pujuk diri sendiri.
Mula-mula cuma nampak sedikit darah merah pada najis.
Tak sakit. Tak rasa apa-apa.
Jadi kita anggap perkara biasa.
Esok hilang. Lusa datang balik.
Masih tak ambil kisah.
Lama-kelamaan, mula rasa cepat penat.
Perut selalu tak selesa.
Berat badan makin susut walaupun tak berdiet.
Tapi masih duk fikir, "nanti eloklah tu.."
Sampailah satu hari, badan semakin lemah. Selera makan semakin hilang.
Dan bila akhirnya membuat pemeriksaan...
Berita yang diterima bukan lagi seperti yang disangkakan.
Kanser usus tahap 3.
Darah pada najis bukan sesuatu yang patut dianggap normal.
Memang ada kes yang berpunca daripada buasir atau rekahan dubur.
Tapi ia juga boleh menjadi petanda masalah yang lebih serius seperti polip atau kanser usus.
Jadi, jika anda melihat darah pada najis, terutama jika ia berulang atau disertai perubahan tabiat membuang air besar, jangan tangguhkan pemeriksaan.
Percayalah, beberapa minit untuk berjumpa doktor hari ini boleh membuat perbezaan yang besar pada masa hadapan.
01/07/2026
Murahnya durian.. sekilo RM10!
Memang betul.
Dekat tepi jalan, penuh longgokan durian.
Di media sosial p**a, ramai berkongsi harga yang jauh lebih murah.
Ada yang beli sebiji.
Ada yang beli satu bakul.
Ada yang makan sampai tak ingat berapa ulas.
Tapi jangan lupa...
Yang murah mungkin duriannya.
Tapi yang bernilai ialah kesihatan kita.
Durian bukan makanan yang perlu dielakkan.
Durian sedap.
Durian ada musim.
Durian memang dinanti-nantikan setiap tahun.
Tetapi apabila diambil secara berlebihan, badan juga boleh mula memberi isyarat.
✅ Perut kembung dan berangin.
✅ Gula darah boleh meningkat dengan cepat, terutama bagi individu yang menghidap diabetes.
✅ Durian juga tinggi kalori. Bergantung pada saiz buah dan jumlah isi yang dimakan, satu biji durian boleh membekalkan sekitar 900 hingga 1,500 kcal.
✅ Sesetengah individu juga boleh mengalami jantung berdebar atau rasa tidak selesa.
✅ Bagi pesakit buah pinggang, durian perlu diambil dengan lebih berhati-hati kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Nak nikmati durian boleh tetapi biarlah berpada-pada.
Jangan kerana mahu habiskan satu bakul hari ini, badan p**a yang terpaksa menanggung kesannya kemudian.
Musim durian akan datang lagi. Jagalah kesihatan supaya anda masih boleh menikmatinya pada musim yang akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Alor Setar
05150