Invest Kedah
Invest Kedah Berhad (73198-U) is the official investment promotion agency of Kedah, Malaysia, dedicated to attracting and facilitating local and foreign investments. It offers a range of services to investors, including investment facilitation, business advisory, market intelligence, and strategic partnerships. Invest Kedah collaborates closely with government agencies, industry players, and stake
06/07/2026
𝐒𝐞𝐭𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡
Invest Kedah Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para penerima Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-84, yang disambut pada 5 Julai 2026 bersamaan 19 Muharam 1448H.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan.
Daulat Tuanku
02/07/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔𝐈 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Invest Kedah Berhad telah mengadakan mesyuarat bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB HQ) dan TNB Kedah bagi membincangkan cadangan pembangunan projek Tenaga Boleh Diperbaharui di Negeri Kedah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Noor Ikhsan Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Berhad.
Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek sambungan grid, kapasiti pengosongan kuasa, keperluan teknikal serta kerjasama strategik antara pihak-pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dirancang secara menyeluruh dan berkesan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil TNB HQ Encik Hidzar Radzi selaku Jurutera Utama DGP dan Encik Syamsul Amri selaku Jurutera Kanan DGP. Manakala wakil TNB Kedah ialah Encik Azemi Abdullah selaku Juruteknik Kanan
Invest Kedah Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi perbincangan. Diharapkan kerjasama strategik ini akan menjadi pemangkin kepada merealisasikan pembangunan projek Tenaga Boleh Diperbaharui di Negeri Kedah, sekali gus menyokong agenda peralihan tenaga serta pembangunan ekonomi hijau demi kesejahteraan negeri.
16/06/2026
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐚𝐥 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa sinar harapan, keberkatan, kesejahteraan dan kekuatan untuk terus melangkah maju dengan semangat hijrah ke arah kecemerlangan, integriti dan kemakmuran bersama.
Ikhlas daripada :
�Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja Invest Kedah Berhad
16/06/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐁 𝐄𝐗𝐂𝐎 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐆𝐔𝐋𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌
Yang Berhormat Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Industri & Pelaburan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke Gultech Malaysia di Kulim bagi meninjau perkembangan terkini operasi kilang syarikat tersebut.
Lawatan ini merupakan susulan kepada majlis pecah tanah yang pernah dihadiri oleh Yang Berhormat sebelum ini, dan kini fasiliti berkenaan telah siap sepenuhnya serta bersedia untuk memulakan operasi pengeluaran.
Delegasi turut diberi taklimat berkenaan latar belakang syarikat, kemajuan projek, kapasiti pengeluaran serta perancangan pembangunan operasi Gultech Malaysia di Negeri Kedah.
Invest Kedah Berhad yang diwakili oleh En. Noor Ikhsan bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi dan En. Abdul Muti Bin Dato' Haji Abdul Hamid, Pengurus Besar Bahagian Pra-Pelaburan turut mengiringi lawatan tersebut sebagai sebahagian daripada peranan agensi dalam memudah cara serta menyokong perkembangan pelaburan strategik di negeri ini.
Invest Kedah Berhad akan terus komited dalam memperkukuh ekosistem pelaburan negeri, khususnya dalam menarik dan memudah cara pelaburan berimpak tinggi yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan di Negeri Kedah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
3rd Floor, Block C, Wisma Darul Aman
Alor Setar
05503
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |