SMK AGAMA KEDAH RASMI

SMK AGAMA KEDAH RASMI

Share

05/04/2026

🌟 Jom Sambung Pengajian ke Tingkatan 6 STPM Aliran Tahfiz Al-Quran 2026! 🌟
di SMK Agama Kedah

Impikan masa depan cemerlang dunia & akhirat?
Gabungkan kecemerlangan akademik STPM dengan kehebatan hafazan al-Quran di SMKA Kedah!

📌 Maklumat Penting Permohonan:
🗓️ 31 Mac 2026 – Iklan Permohonan Dibuka
🗓️ 8 April 2026 – Tarikh Tutup Permohonan
🗓️ 27–29 April 2026 – Sesi Temuduga
🗓️ 11–15 Mei 2026 – Semakan Keputusan

🌐 Mohon sekarang di:
https://sst6.moe.gov.my

✨ *Kenapa Pilih Kami?*
✔️ Gabungan STPM & Tahfiz yang mantap
✔️ Bimbingan guru berpengalaman & berprestasi tinggi
✔️ Laluan ke universiti terkemuka dalam & luar negara

📣 Rebut peluang ini! Tempat adalah terhad!
Ayuh bina masa depan gemilang bersama al-Quran.

Photos from Bahagian Pendidikan Islam KPM's post 03/04/2026

KEMENJADIAN ANAK-ANAK TMUA (Tahfiz Model Ululalbab) 😊😍❤️

Photos from SMK AGAMA KEDAH RASMI's post 03/04/2026

Tahniah SPM 2025 SMK Agama Kedah! 🎉

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keputusan SPM 2025 yang memberangsangkan bagi warga SMK Agama Kedah (SMKAK).

Daripada 138 orang calon, seramai 104 orang pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang 6A ke atas, manakala GPS keseluruhan sekolah mencatatkan 2.42.
Pencapaian ini menjadi bukti kesungguhan seluruh warga sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan hafazan.

Butiran pencapaian cemerlang adalah seperti berikut:

• 12A: 7 orang
• 11A: 7 orang
• 10A: 18 orang
• 9A: 11 orang
• 8A: 34 orang
• 7A: 11 orang
•. 6A: 16 orang

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua, barisan pentadbir, para guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan bimbingan, doa serta sokongan berterusan kepada anak-anak pelajar.

Sesungguhnya kejayaan ini lahir daripada usaha gigih para pelajar, komitmen para guru serta dokongan padu ibu bapa serta seluruh warga SMKAK.

Kepada semua calon SPM 2025, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan, seterusnya melahirkan generasi Huffaz Mutadayyin Teknokrat yang unggul dalam ilmu, akhlak dan kepimpinan.

Tahniah SMK AGAMA KEDAH! Terus melakar kecemerlangan.

04/03/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
Alor Setar
05350