Dewan Pemuda PAS Alor Setar
05/07/2026
Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Afnan Hamimi Taib Azamudden atas penganugerahan Setia Sultan Sallehuddin Kedah (S.S.S.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-84.
Semoga penganugerahan yang penuh bermakna ini menjadi pengiktirafan atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada agama, bangsa, negeri dan negara.
Semoga YB terus dikurniakan kesihatan, kekuatan serta istiqamah dalam memikul amanah demi berkhidmat kepada masyarakat.
Tahniah dan syabas!
Ikhlas daripada
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar
29/06/2026
🇲🇾 KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM 🇲🇾
Dalam menghadapi pelbagai cabaran politik, ekonomi dan sosial hari ini, umat Islam memerlukan satu panduan yang jelas dan menyeluruh. Penyelesaian Islam bukan sekadar slogan, tetapi satu jalan penyelesaian yang telah terbukti membina tamadun, menjaga kebajikan rakyat serta memelihara keharmonian masyarakat.
Seruan Presiden PAS ini mengingatkan seluruh ahli dan pendukung perjuangan agar terus teguh mempertahankan kepimpinan Islam, memperkukuhkan jentera, mendekati masyarakat serta memastikan suara rakyat terus dibela berlandaskan prinsip Islam yang adil dan sejahtera.
✔️ Mempertahankan kuasa politik Melayu Islam
✔️ Menggerakkan seluruh jentera perjuangan
✔️ Menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang
✔️ Mengajak rakyat membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara
✔️ Bersiap siaga menghadapi cabaran politik yang mendatang
Ayuh bersama memperkukuhkan saf perjuangan dan kembali kepada penyelesaian Islam demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Km. 12. 5 Jalan Datuk Kumbar (Hadapan Stesyen Minyak Petron Tajar)
Alor Setar
05350