LadyAdra

LadyAdra

Share

31/08/2019
10/08/2019

Di tepi pantai yang indahhhhh..ku duduk seorang diri…wawaaahhh…retro sangat. Hari ni sabtu ladies!!! Pergi mana hari ni?. Apa, nak keluar lama tapi takut solekan tak tahan lama? Ni, LA kongsikan tips yang LA dapat dari MUA yang dah biasa make up retisssss…so uols, jom maintain flawless n letops dengan LA

Sebelum Mengenakan Solekan

1. Cuci muka menggunakan air sejuk/ air batu

Langkah ni teramat penting supaya kulit muka kita lembut dan lembab. Sebab apa? Kalau kulit muka kita kering dan panas, liang roma akan bertindak merembeskan minyak muka, jadi mekap kita akan bercapuk semasa solekan.

2. Pakai pelembab muka

Ini pun sama, untuk kesan yang bagus pakai pelembab yang waterbase. Cepat kering dan serap ke dalam kulit.

Semasa Solekan

1. Pakai primer

Lepas baca doa tengok cermin (patut baca masa mula-mula hadap cermin) pakai primer dulu, terutama bagi yang ada masalah kulit berminyak. Fokus pada kawasan T-Zone

2. Pakai silica, non glowing foundation

Kalau nak solekan tak cepat cair, pakai foundation jenis matte, bukan jenis glowing. Tapi ingat, nak solat kena tanggal pakai make up remover ye sebab bahan ada silica ni kalis air

3. Pakai bedak untuk set foundation

Dah pakai foundation, set kan dengan bedak samada compact powder atau loose powder. LA lebih s**a pakai loose powder sebab rasa lebih ringan dan senang blend

4. Bloating paper

Kalau rasa kulit muka cepat sangat berminyak, sediakan bloating paper siap-siap, tekap perlahan-lahan tepat yang keluar minyak. Jangan lap guna tisu, habis sapu sekali dengan mekap jawabnya.

Selepas

1. Minum air kosong secukupnya

Akhir sekali, pastikan minum air secukupnya. Tambah-tambah tengah cuaca panas ni, kalau badan cukup air, automatic kulit muka kita akan sentiasa lembab, solekan pun tip top

p/s: kalau nak mantap n slim pakai confirm lagi gojes

Luvs,
LadyAdra

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Setar
06550