FD Solution

FD Solution

Share

Photos 27/10/2021

*Kelas Mengaji Al-Quran Online*

{KELAS JOM MENGAJI}

โœ“ Yuran yang murah
โœ“ Yang penting minat belajar
โœ“ Belajar secara online

๐Ÿ“Ž๐Ÿ“Sebarang Pertanyaan :

Sila Hubungi โ˜Ž๏ธ 0134642787 (Ustaz Mu'az)

ATAU

klik LINK WhatsApp di bawah :

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

buff.ly/3vODtKW

buff.ly/3vODtKW

buff.ly/3vODtKW

Imam Seorang Perokok 22/09/2021

Kemaskini 22 September 2021(Rabu) / 15 Safar 1443H

IMAM SEORANG PEROKOK

SOALAN

Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri?

JAWAPAN

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Abu Masโ€™ud al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ูŠูŽุคูู…ู‘ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽ ุฃูŽู‚ู’ุฑูŽุคูู‡ูู…ู’ ู„ููƒูุชูŽุงุจู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ูููŠ ุงู„ู’ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุณูŽูˆูŽุงุกู‹ ููŽุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ูู‡ูู…ู’ ุจูุงู„ุณู‘ูู†ู‘ูŽุฉู ููŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ูููŠ ุงู„ุณู‘ูู†ู‘ูŽุฉู ุณูŽูˆูŽุงุกู‹ ููŽุฃูŽู‚ู’ุฏูŽู…ูู‡ูู…ู’ ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉู‹ ููŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ูููŠ ุงู„ู’ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉู ุณูŽูˆูŽุงุกู‹ ููŽุฃูŽู‚ู’ุฏูŽู…ูู‡ูู…ู’ ุณูู„ู’ู…ู‹ุง

Maksudnya: Yang menjadi imam kepada sesebuah kaum itu adalah mereka yang paling mahir terhadap Kitab Allah [al-Quran]. Sekiranya mereka setanding dalam bacaan maka [dahulukan]) yang paling berilmu tentang al-Sunnah [untuk menjadi imam]. Sekiranya pengetahuan mereka terhadap Sunnah itu sama maka yang menjadi imam adalah mereka yang paling awal berhijrah. Sekiranya mereka sama dalam berhijrah p**a dahulukanlah mereka yang paling awal memeluk agama Islam.[1]
Manakala dalam hadis riwayat Imam al-Tirmizi, Nabi S.A.W menyebut:

ููŽุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูู‡ูู…ู’ ุณูู†ู‘ู‹ุง

Maksudnya: Yang paling tua umurnya.[2]
Individu yang paling mahir terhadap al-Qurโ€™an juga bermaksud paling banyak menghafal al-Qurโ€™an atau paling baik bacaan al-Qurโ€™an. Dalil paling mahir itu bermaksud paling banyak menghafal adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar beliau berkata:

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูู‡ูŽุงุฌูุฑููˆู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ููˆู†ูŽ ุงู„ู’ุนูุตู’ุจูŽุฉูŽ -ู…ูŽูˆู’ุถูุนูŒ ุจูู‚ูุจูŽุงุกู โ€“ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ู…ูŽู‚ู’ุฏูŽู…ู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู… ุŒ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุคูู…ู‘ูู‡ูู…ู’ ุณูŽุงู„ูู…ูŒ ู…ูŽูˆู’ู„ูŽู‰ ุฃูŽุจููŠ ุญูุฐูŽูŠู’ููŽุฉูŽ ุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽู‡ูู…ู’ ู‚ูุฑู’ุขู†ู‹ุง

Maksudnya: Ketika mana golongan Muhajirun yang terawal sampai di โ€˜Ushbah โ€“ iaitu sebuah kawasan di Qubaโ€™ โ€“ sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, yang menjadi Imam kepada mereka pada ketika itu adalah Salim yang merupakan maula kepada Abu Huzaifah, dan beliau merupakan individu yang paling banyak menghafal al-Quran dari kalangan mereka.[3]
Imam al-Nawawi dalam syarah beliau ke atas hadis Abu Masโ€™ud al-Ansari menambah satu lagi ciri yang menjadi keutamaan dalam menjadi imam solat iatu faktor kewarakan seseorang. Kata beliau:

ูˆู„ู†ุง ูˆุฌู‡ ุงุฎุชุงุฑู‡ ุฌู…ุงุนุฉ ู…ู† ุฃุตุญุงุจู†ุง : ุฃู† ุงู„ุฃูˆุฑุน ู…ู‚ุฏู… ุนู„ู‰ ุงู„ุฃูู‚ู‡ ูˆุงู„ุฃู‚ุฑุฃ ู„ุฃู† ู…ู‚ุตูˆุฏ ุงู„ุฅู…ุงู…ุฉ ูŠุญุตู„ ู…ู† ุงู„ุฃูˆุฑุน ุฃูƒุซุฑ ู…ู† ุบูŠุฑู‡

Maksudnya: Dan kami mempunyai suatu pendapat yang dipilih oleh sekump**an dari kalangan ashab kami (ulama al-Syafiโ€™iyyah) yang menyebut bahawa individu yang paling warak diutamakan ke atas orang yang faqih dan lebih mahir tentang al-Quran. Ini kerana tujuan menjadi imam itu akan terhasil lebih banyak dari orang yang warak berbanding selainnya.[4]
Manakala antara imam yang dimakruhkan untuk diikuti ialah ahli bidaah dan orang yang fasiq (mereka yang dikenali kerap berbuat maksiat). Namun jika bertembung antara mana yang lebih afdhal; solat bersendirian atau berjemaah dengan ahli bidaah atau orang fasiq, maka di sini ada perbezaan pendapat. Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan lebih baik bersolat sendirian, manakala Imam al-Ramli p**a berkata bersolat jemaah bersama mereka adalah lebih afdhal.[5]
Kesimp**annya, tidak sepatutnya seorang imam solat berjemaah itu adalah seorang perokok sekalipun hukum solat mengikutnya adalah sah. Berdasarkan fatwa Imam al-Ramli dalam hal berimamkan ahli bidaah atau orang fasiq, saya cenderung lebih afdhal solat berjemaah dengan imam perokok daripada solat berseorangan. Cuba usahakan untuk menasihatinya supaya berubah ke arah yang lebih baik. Wallahu aโ€™lam.

[1] Riwayat Muslim, no.673
[2] Riwayat al-Tirmizi, no. 235
[3] Riwayat al-Bukhari, no. 692
[4] Al-Majmลซสฟ Sharแธฅ al-Muhadhdhab, 5/300
[5] Al-Taqrฤซrฤt al-Sadฤซdah, m. 308

Kredit Rujukan :
https://maktabahalbakri.com/imam-seorang-perokok/

POSTED ON SEPTEMBER 20, 2021 BY DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Semoga ia menjadi rujukan bersama dalam memastikan gejala merokok dapat dibanteras dari awal usia persekolahan. Ia kerana apabila bermula dari awal persekolahan akan menjadikan ketagihan dan kebiasaan yang sukar ditegah.

Selamat berusaha menjadi lebih baik dari perokok tegar kepada manusia luar biasa yang menjaga maslahah ummah.

Imam Seorang Perokok SOALAN Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri? JAWAPAN Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah har...

Want your business to be the top-listed Finance Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05300