Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Share

30/05/2026

Program Ibadah Korban Peringkat SERIAS 2026.Alhamdulillah sebanyak 8 ekor lembu di tumbangkan tahun ini

Photos from Sekolah Rendah Islam Alor Setar's post 17/04/2026

Alhamdulillah
Keputusan penuh Catur MSSD Kota Setar B12P

Tahniah diucapkan kepada Adni Fatiha binti Azraf Muhammad Fitri (No.1) yang berjaya menjadi JUARA dan layak automatik mewakili daerah ke MSSK! Mantap, memang power otak macam grandmaster kecil

Putri Nor Zaffya Raihannah binti Norzuzafre (No.4) p**a akan beraksi dalam PLAYOFF untuk rebut baki 4 slot wakil daerah. Kita doakan semoga dipermudahkan urusan dan menang bergaya, insyaAllah

Berita paling padu… SERIAS bawah kategori B12P berjaya merangkul Johan Piala Pusingan hasil kutipan mata tertinggi! Bukan itu saja…

KEJAYAAN BERGANDA!
Tahun ini SERIAS sapu bersih DUA PIALA PUSINGAN untuk kategori B12L & B12P

Memang terbukti… bila strategi mantap, usaha tak kenal penat, doa tak putus-putus… checkmate pun jadi ibadah

Tahniah semua! Teruskan berjuang, kalah menang adat permainan, yang penting jangan “checkmate” dengan rasa putus asa

Photos from Sekolah Rendah Islam Alor Setar's post 10/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

📅 9 April 2026

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan raya di sekolah hari ini
Dari pagi lagi dah nampak semua “model raya” turun padang baju melayu segak, baju kurung lawa, siap ada yang macam nak pergi open house VIP

Yang paling best:
Makan tak ingat dunia rendang repeat 3 kali itu biasa…
Bergambar macam photoshoot raya official

Gelak sampai cikgu pun surrender
Dalam riuh rendah tu, paling seronok tengok ukhuwah sesama murid & guru makin erat

Raya bukan sekadar makan kuih… tapi masa untuk maafkan, eratkan silaturrahim & cipta kenangan indah bersama

Kalau ada salah silap sepanjang kita bersama, kami mohon maaf zahir & batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Maaf Zahir & Batin

10/04/2026

Nota KAFA digital untuk anak-anak hadapi UPKK dengan tenang dan cemerlang.

Belajar dengan cara menyeronokkan melalui aplikasi khas. Boleh dibuka di tab, hp, laptop atau PC.

Silibus terkini JAKIM dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kenapa masih nak guna buku tebal lagi?
Sekarang dah ada NotaKAFA
apps belajar KAFA yang bantu anak lebih fokus & konsisten.

1. Lengkap All-in-One
Semua modul KAFA dari Tahun 1 hingga Tahun 5 — semua dalam satu app je.
2. Belajar Fun
Anak tak stress. Belajar guna lagu, game & kuiz yang buat dia enjoy dan mudah ingat.
3. Mudah Pantau
Ibu ayah boleh tahu perkembangan anak —
result kuiz & hafalan boleh terus share ke WhatsApp.
4. Exam Ready
Ulang sikit-sikit setiap hari, anak makin yakin dan tak panik bila dekat UPKK.

Tak payah bawa buku berat ke sana sini.
Tak perlu ulang topik sama sampai anak bosan.

Sekarang anak boleh belajar KAFA guna satu apps je.

Jangan ragu-ragu lagi Ibu/ayah, kunci kejayaan anak bermula dari sini.

Lihat di Komen pertama 👇

09/04/2026

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah atas rezeki dan kejayaan ini.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak sekolah yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan bola sepak Zon Langgar

Usaha, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan memang terbaik!

Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus berusaha lebih gigih dan tidak lupa untuk sentiasa merendah diri serta bersyukur kepada-Nya.

Kalah menang itu adat pertandingan, tapi akhlak dan ukhuwah itulah kemenangan sebenar

Teruskan melangkah, semoga lebih banyak kejayaan menanti di masa hadapan, insyaAllah

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Km 5 Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05300