DPMM Kedah

DPMM Kedah

Share

DPMM Negeri Kedah adalah sebuah badan yang memfokuskan isu ekonomi dan keusahawanan Melayu dan Bumiputera khususnya di negeri Kedah. DPMM Negeri Kedah adalah sebuah NGO yang antara tujuannya menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.

26/05/2026

Jom sertai kami dalam Forum Ekonomi Islam: Memperkasa Ekonomi Ummah Berteraskan Syariah.

Satu platform perkongsian ilmu dan inspirasi buat para usahawan serta bakal usahawan dalam memahami pembangunan ekonomi yang selari dengan prinsip syariah.

📅 20 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Kompleks Pendidikan Dar Al-Maarif, Sungai Petani

Program ini terbuka kepada:
✅ Usahawan PKS
✅ Peniaga kecil dan mikro
✅ Graduan
✅ Individu yang berminat menceburi dunia perniagaan

💼 Rebut peluang untuk menimba ilmu, membina jaringan dan mendapatkan inspirasi bersama panel jemputan berpengalaman.

🎯 Penyertaan terhad kepada 100 usahawan terpilih sahaja!

👇 Klik untuk pendaftaran:
https://almaarif.onpay.my/order/form/5

Sila hubungi urusetia untuk pertanyaan lanjut;
Hafizah (011-55503785) / Alyaa (017-4297334)

Photos from DPMM Kedah's post 19/05/2026

𝗗𝗣𝗠𝗠 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗟𝗭𝗡𝗞 𝗗𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶

18 Mei 2026 | Langkawi

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas jemputan serta peluang yang diberikan kepada usahawan di bawah DPMM Kedah untuk turut serta dalam Program Jelajah Operasi Zakat Perniagaan Menyantuni Muzakki di Langkawi.

Program ini menjadi platform yang amat bermanfaat dalam memperkukuhkan jaringan strategik antara agensi dan usahawan, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan zakat perniagaan serta pembangunan ekonomi ummah.

Turut berlangsung sesi perkongsian bersama Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Putra, General Manager HIG & Convention Hotel Langkawi, Nurhafilah Binti Abdul Talib, Pengurus Makk Minah Enterprise serta En. Sulaiman Bin Fuzi, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Langkawi Tourism Academy yang berkongsi pandangan berkaitan pembangunan kemahiran, pengalaman perniagaan dan strategi pengembangan perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing.

Tahniah kepada LZNK atas penganjuran program yang memberi impak positif kepada komuniti usahawan dan muzakki di negeri Kedah.

12/05/2026

Dari Kedah ke Pasaran Antarabangsa — Kisah Inspirasi Usahawan DPMM Kedah, Puan Nor Hathmina Ibrahim .

Nama Nor Hathmina Ibrahim kini semakin dikenali dalam industri makanan tempatan dan antarabangsa. Melalui syarikatnya, Hazra Jaya Food Enterprise, yang bermula sejak tahun 1994, beliau berjaya membina jenama makanan yang diyakini pengguna sehingga menembusi pasaran Brunei, Arab Saudi dan Afrika, malah sedang mengorak langkah ke Itali dan Washington melalui kerjasama strategik bersama MADA.

Kejayaan ini bukan datang dengan mudah. Ia lahir daripada usaha tanpa henti, keberanian menghadapi cabaran serta keyakinan tinggi dalam dunia perniagaan. Hasil dedikasi tersebut, beliau telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Usahawan KEDA 2025.

Hazra Food terkenal dengan produk pes masakan dan makanan siap dimakan yang praktikal, sesuai untuk gaya hidup moden, wanita bekerjaya dan para pengembara.

Sebagai titik perubahan, pada tahun 2020, syarikat beliau menerima geran pemadanan mesin retort berkapasiti 750 liter daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah. Teknologi ini membuka ruang kepada Hazra untuk berkembang dalam industri makanan siap dimakan serta menawarkan perkhidmatan:
✅ Servis Retort
✅ Kontrak Pengilangan (OEM)

Teknologi retort ialah proses mensterilkan makanan yang telah dibungkus dan diseal menggunakan haba serta tekanan tinggi. Kaedah ini membantu makanan tahan sehingga 1–2 tahun pada suhu bilik tanpa bahan pengawet atau peti sejuk.

Kini, selain menghasilkan produk sendiri, perkhidmatan OEM dan retort turut menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan syarikat dengan peningkatan pendapatan melebihi 200% pada tahun lalu.

Antara pencapaian membanggakan Hazra:
🏅 Tempat Ketiga SDSI 2015
🏅 Pensijilan ISO 22000 (2024)
🏅 Naik taraf syarikat kepada Hazra Global Sdn Bhd (2024)

Tahun ini juga menyaksikan Hazra Jaya Food genap 32 tahun dalam industri makanan.

DPMM Kedah amat berbangga dengan pencapaian Puan Nor Hathmina Ibrahim yang juga merupakan ahli DPMM Kedah. Semoga kejayaan beliau terus menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan tempatan untuk berani berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Jom Meretort!
Servis retort anda boleh bermula di kilang Hazra.

Usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk makanan tahan sehingga 2 tahun boleh hubungi:

📞 Kak Mina: 011-11245732

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bangunan DPMMK
Alor Setar
05700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30