SBA Smart
13/03/2026
📢 Pelarasan Harga Runcit Petroleum 12 - 18 Mac 2026
Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan menaikkan harga runcit petrol dan diesel di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 12 Mac hingga 18 Mac 2026:
⛽ RON97 ⬆️ 60 sen pada → RM3.85 seliter
⛽ RON95 tanpa subsidi ⬆️ 60 sen pada → RM3.27 seliter
⛽ RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal RM1.99 seliter
🚛 Diesel Semenanjung Malaysia ⬆️ 80 sen → RM3.92 seliter
🚛 Diesel Sabah, Sarawak & Labuan kekal RM2.15 seliter
Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat Malaysia melalui inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI serta bantuan tunai tambahan, tatkala pasaran minyak global terus berdepan ketidaktentuan.
Sumber fb Kementerian Kewangan
Gong Xi Fa Cai
Happy Chinese New Year
workshop open
31/08/2025
SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN YG KE 68 🇲🇾
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Bunga raya mekar di taman,
Harum semerbak indah berseri,
Merdeka kita bukan sekadar slogan,
Tanda perjuangan kekal abadi.
Enam puluh lapan tahun,
Lautan darah berganti peluh,
Jerit perih pejuang dahulu,
Menjadi aman yang kita teduh.
Merdeka bukan hanya bebas,
Tapi janji menjaga warisan,
Bersatu hati, teguh berasas,
Malaysia gemilang jadi pedoman.
Hari ini kita berdiri,
Anak watan gagah berani,
Bendera berkibar, jiwa murni,
Untuk Malaysia — selamanya harmoni.
22/06/2025
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-83 pada 22 Jun 2025 Bersamaan 25 Zulhijah 1446H.
Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keberkatan untuk terus mentadbir Negeri Kedah Darul Aman menuju jalan yang diredhai-Nya.
Sembah Takzim daripada :
SBA SMART ENTERPRISE
14/04/2025
AL-FATIHAH | Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
No 7, Taman Sri Mengkudu, Jalan Alor Mengkudu
Alor Setar
05400
Opening Hours
| Monday | 09:30 - 18:00 |
| Tuesday | 09:30 - 18:00 |
| Wednesday | 09:30 - 18:00 |
| Thursday | 09:30 - 18:00 |
| Saturday | 09:30 - 18:00 |
| Sunday | 09:30 - 18:00 |