THE MAJOR

THE MAJOR

Share

We are made by history."
- Martin Luther King -

Berkongsi dan Mengupas Sejarah Arus Perdana ( Mainstream ) dan Sejarah Alternatif.

21/06/2026

LAGENDA ARISTOTLE DAN PHYLLIS ,APABILA NAFSU DUNIAWI MENGATASI AKAL MANUSIAWI.

Kisah ni sememangnya sangat terkenal di Barst semasa daripada Zaman Pertengahan Abad ke-12 sehinggalah Eropah memasuki Era Reinassance ,Lagenda Aristotle dan Phyllis.

Tapi kisah ni bukanlah daripada kejadian sebenar atau fakta sejarah direkodkan , sebaliknya adalah sebuah Dongengan moral bersifat Rumor oleh Masyarakat Eropah.

Sebagai Guru Dan Anak Murid ,Masta Bersama Padawan~

Kisah Dongeng ni adalah tentang dua orang tokoh bernama Alexander ,seorang raja muda sedang naik mencipta namanya dalam kekuasaan dan ketenteraan.

Dibantu oleh pembimbing atau gurunya bernama Aristotle.merupakan seorang tokoh cendekiawan yang cerdik lagi bijaksana

Nama Alexander yang semakin gah mennaiki diatas kegemilangannya menerusi kejayaan menakluk banyak wilayah dan kerajaan.

Tapi lama-kelamaan ,gurunya si Aristotle mula menyedari Alexander semakin kurang meluangkan masa bersamanya dan seringkali lalai meninggalkan tugas dalam urusan pentadbiran kerajaan

Kemudian ,Aristotle mengetahui bahawa anak muridnya kini sedang hangat bercinta menjalankan hubungan dengan seorang wanita cantik bernama Phyllis.

Aristotle yang kecewa diatas kelalaian Alexander dalam tugasan ,lantas menegur anak muridnya jangan terlalu lalai dalam Hal bercinta supaya kembali fokus kepada Hal pentadbiran kerajaan.

Hadirnya Mendung Kegelapan Bernama Nafsu Duniawi~

Tindakan Aristotle menegur anak muridnya itu menimbulkan kemarahan Phyllis menganggapnya sebagai penghalang masuk campur dalam Hal percintaan depa.

Berasa terhina ,Phyllis menganggap Aristotle menjadi punca yang menyebabkan Alexander meninggalkan hubungan cinta depa berdua.

Phyllis mersncang untuk membalas Dendam terhadap Aristotle.dia mendapat idea yang menggunakan cara paling licik membalas dendam terhadap cendekiawan tersebut.

Keesokannya ,Phyllis bertindak mendekati Aristotle semasa ketiadaan Alexander.dia menggunakan daya tarikan kejelitaan wajah dan menggoda Aristotle dengan kata-kata indah.

Pada mulanya Aristotle menolak ajakan Phyllis
kerana beliau dapat menghidu niat wanita tersebut.walaupun ditolak pada permulaan , Phyllis tidak mengalah ,malah dia semakin galak berkali-kali mengajak Aristotle untuk menjalankan hubungan cinta.

Walaupun Aristotle menepis dan menolak berkali-kali ,malangnya sejauh mana dia mampu menahan daya godaan wanita semakin akrab menggoncangkan nafsu dan naluri fitrah sebagai lelaki?

Akhirnya terkulai layu jua cendekiawan tua tersebut hanyut dalam dakapan lembut wanita muda yang jelita bernama Phyllis.

Walaupun Phyllis dapat membuatkan guru tua itu hanyut sehingga terjerat dalam pembalasan dendamnya ,tetapi dia masih enggan berpuas hati malah bertindak dengan lebih kejam lagi.

Untuk memastikan Aristotle benar-benar mabuk tergilakan kejelitaannya ,Phyllis menguji cendekiawan tua tersebut untuk mengetahui sejauh manakah cintanya.

Pada satu hari ,Phyllis mengajak Aristotle berada di halaman depan istana.phyllis menyuruh orang tua itu tunduk merangkak dan memakai seat pelana dan kekang muda dengan gaya seperti seekor kuda@kaldai!

Aristotle sekadar menurut permintaan wanita muda tanpa membantah kerana terlampau mabuk dengan godaan cinta.phyllis terus menunggang diatas.disuruhnya kepada cendekiawan itu supaya merangkak berjalan seperti kuda@keldai mengelilingi halaman istana.

Lebih tragis semasa waktu kejadian ,Hal tersebut disaksikan sendiri dihadapan mata Alexander.dia melihat tindakan guru disanjunginya selama ni dipermalukan hadapan Masyarakat awam secara nyata!

Dia tidak tertahan dan berasa teramat malu dengan tindakan gurunya terlampau yang hanyut dalam godaan Phyllis.

kejadian ni menyebabkan imej dan reputasi Aristotle selama ni sebagai cendekiawan bijaksana dan penasihat penting diraja telah berjaya dijatuhkan oleh seorang wanita sahaja!.

Selepas kejadian itu ,Aristotle tidak menyalahkan sesiapa pun sebaliknya dia menganggap kejadian itu sebagai pengajaran buat dirinya.

Lantas terbitlah Quote Aristotle berbunyi

"Jika aku yang sudah tua dan dianggap bijaksana oleh masyarakat pun boleh ditewaskan oleh cinta dan godaan, apatah lagi kamu yang masih muda."

Dengan kata lain, Aristotle menunjukkan bahawa tiada seorang manusia pun yang mampu kebal daripada kelemahan dan nafsu.

Simbolik watak dalam kisah ni memaparkan ,

Aristotle ,merujuk kepada nama tokoh Tamadun Yunani terkenal dengan pengetahuan sebagai cendekiawan disanjungi dalam sejarah

Alexender ,merujuk kepada penguasa agung yang masih muda mendirikan empayar Macedonia menciptakan kegemilangan namanya dalam sejarah

Phyllis ,adalah nama yang melambangkan nafsu duniawi yang mampu menguasai akal fikiran manusia.

P/s:

Iyaa tepat sekali ,kisah dongeng diatas ni juga merujuk kepada beberapa kisah dikaitkan dengan nama-nama Tokoh dalam sejarah seperti

-Samson dan Delilah
-Paris dan Helen dalam Epik Troy
-Adam dan Eve dalam Garden Of Eden
-Solomon dan Sheba dalam israheliyyat
-Judith dan Holofernes

Ada satu kebenaran berdasarkan rekod sejarah memang tepat bahawa Aristotle dahulu pernah menjadi guru kepada penguasa agung makedonia Alexander The Great semasa usia remaja.

Ini adalah daripada kisah asalnya semasa zaman Tamadun Yunani Purba ,tetapi sudah bertukar jadi lainnya p**a apabila memasuki
Dunia Eropah semasa zaman Reinassance.

-RX-

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Alor Setar