Diari Optom
VISUAL HYGIENE (Part 1)
Kebersihan merupakan sebahagian daripada aspek perubatan bertujuan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit.
Maka, 'visual hygiene' dalam definisi ringkas bermaksud set peraturan yang mudah dipatuhi, dibuat untuk mengawal faktor/punca yang boleh memberi kesan mudarat terhadap penglihatan.
1) 20-20-20 rule
Bermaksud setiap 20 minit kita melihat jarak dekat seperti membaca atau menatap telefon, mata kita perlu direhatkan selama 20 saat dengan melihat jarak sejauh 6 meter (20 kaki). Digalakkan melihat pokok atau tumbuhan hijau.
Sepanjang rehat 20 saat tersebut pastikan anda berkelip mata. Kerana kebiasaannya ketika kita melakukan aktiviti dekat (near work) seperti membaca, main telefon atau komputer, mata kita akan kurang berkelip.
Air mata yang berfungsi melembapkan/membasahkan mata tidak tersebar ke seluruh cornea melalui kelipan mengakibatkan mata kering (dry eyes), pedih, berpasir dan kurang selesa malahan berair terutamanya di tempat panas atau berhawa dingin kerana air mata lebih mudah tersejat.
Jika anda di dalam bilik yang sempit/kecil, melihat dinding hijau atau berhenti sejenak minum air atau bangun berjalan sebentar atau bersembang sekejap dengan rakan pun memadai untuk dikategorikan sebagai merehatkan otot (ciliary muscles) mata selama 20 saat.
Bersambung...
07/04/2023
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dengan tema yang berbeza.
Selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2023. Kesihatan Untuk Semua.
Sumber: https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/infografik/item/selamat-menyambut-hari-kesihatan-sedunia-2023.html
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Website
Address
Optometri HSB
Alor Setar
05460