MYHA Negeri Kedah

MYHA Negeri Kedah

Share

05/01/2026

SALAM TAKZIAH

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) ingin menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada Saudari Ain Haryati Amira Binti Ahmad Ridzwan (Exco MYHA Negeri Sembilan / EXCO MBNS) serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Wan Salwati Bt. Abdullah.

Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah, yang juga merupakan Mantan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), adalah satu kehilangan besar. Kami mendoakan agar Saudari Ain dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Presiden & Ahli Jawatankuasa Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)

Photos from MYHA Negeri Kedah's post 01/12/2025

Pada hari Khamis, 27 November 2025, MYHA Negeri Kedah telah menggerakkan beberapa orang sukarelawan bagi menyalurkan bantuan segera kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan seorang pensyarah yang ketika itu terkandas di Hatyai akibat bencana banjir.

Bantuan yang disampaikan memberi tumpuan kepada sumbangan makanan serta keperluan asas bagi memastikan mereka menerima sokongan sewajarnya sepanjang berdepan situasi kecemasan tersebut. Tindakan pantas ini juga mencerminkan komitmen MYHA Negeri Kedah dalam membantu golongan belia dan komuniti pendidikan pada saat mereka memerlukan.

Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada wakil MYHA Negeri Kedah termasuk Muhamad Tarmizi (Setiausaha Kehormat), Aiman Nazmi (Penolong Setiausaha Kehormat), Muhammad Shafiq, Mohamad Ammar Bin Mohamad Nawawi (EXCO MYHA Negeri Kedah), Airel Syah (Sukarelawan MYHA), serta Penasihat MYHA Negeri Kedah, Ahmad Qusyairi, yang turut memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pelaksanaan bantuan tersebut.

Bantuan ini turut direalisasikan hasil sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasib para pelajar dan pensyarah yang terkesan. MYHA Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


10, Taman Rasa Sayang
Alor Setar
06000