SMK SULTANAH ASMA

SMK SULTANAH ASMA

Share

13/07/2026

Warga SMK Sultanah Asma merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syarifah Nur Zahirah dari Tingkatan 5 Sultanah atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Pertama dalam Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Kota Setar.

🌀Kejayaan ini membuktikan keupayaan murid SMK Sultanah Asma dalam menguasai kemahiran berbahasa, berfikir secara kritis serta berkomunikasi dengan penuh keyakinan di pentas pertandingan.

🌀Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Didoakan agar Syarifah Nur Zahirah terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada peringkat seterusnya.

Photos from SMK SULTANAH ASMA's post 13/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Kadet Polis SMK Sultanah Asma atas kejayaan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 yang telah diadakan pada :

📅 Tarikh: 11 Julai 2026
📍 Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar
🏆 Pencapaian: Tempat Ketiga – Kategori GO Puteri

💐Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para jurulatih, guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang persiapan pertandingan.

Photos from SMK SULTANAH ASMA's post 10/07/2026

🔥 IGNITE YOUR POTENTIAL 2026 🔥
Semangat yang membara menjadi pemangkin kepada kejayaan. Program Motivasi "Ignite Your Potential" menghimpunkan puteri Tingkatan 4 dan 5 SMK Sultanah Asma untuk menyuntik inspirasi, membina keyakinan diri serta membangkitkan potensi sebenar dalam diri setiap murid.

Terima kasih kepada CguJinggo Elas dan saudara Farid yang sudi berkongsi pengalaman, motivasi dan panduan yang penuh bermakna.

Semoga setiap perkongsian menjadi pembakar semangat buat puteri ASMA untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan melakar kecemerlangan dalam akademik mahupun kehidupan.Yakin diri. Berusaha tanpa henti. Impian pasti menjadi realiti. ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Jalan Langgar
Alor Setar
05460