Pusaka Hanafi Kedah

Pusaka Hanafi Kedah

Share

Photos from Pusaka Hanafi Kedah's post 30/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Ibadah Korban Pusaka Hanafi Kedah yang telah berlangsung di Pusat Latihan Pokok Tai telah berjaya disempurnakan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Latihan Pokok Tai kerana telah menjadi Tuan rumah untuk program kalini. Jutaan terima kasih juga buat semua peserta korban, ahli-ahli, sukarelawan serta para penyumbang yang telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Semangat kerjasama, ukhuwah dan pengorbanan yang ditunjukkan bukan sahaja mencerminkan nilai murni ibadah korban, malah memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan dalam keluarga besar Pusaka Hanafi Kedah.

Mudah-mudahan program seperti ini akan terus menjadi medan untuk mempererat silaturahim, memupuk semangat kebersamaan dan menyemarakkan budaya berkhidmat kepada masyarakat.

PUSAKA HANAFI
satu suara • satu hati

24/05/2026

PUSAKA HANAFI: Berdiri Gagah, Penuh Berani.

Silat Cekak Pusaka Hanafi menekankan keberanian bukan sahaja melalui kekuatan fizikal, tetapi juga keteguhan hati, ketenangan fikiran dan keyakinan dalam menghadapi ancaman. Prinsip berdiri lurus dengan berani melambangkan seorang pesilat yang teguh mempertahankan maruah, disiplin dan amanah ilmu. Geraknya yang ringkas, tepat dan penuh hikmah mengajar pesilat supaya sentiasa tenang, fokus dan bersedia menghadapi serangan dari pelbagai arah tanpa gentar atau berundur.

Selain itu, sebagai seni bela diri Silat Cekak Pusaka Hanafi juga mendidik jiwa agar sentiasa berwaspada menghadapi cabaran hidup seperti tekanan emosi, fitnah dan pelbagai ujian. Prinsip berdiri lurus dan berani menjadikan seseorang lebih cekal serta tidak mudah goyah dalam menghadapi rintangan. Ilmu persilatan ini turut membina sahsiah, adab dan semangat persaudaraan, sekali gus mengekalkan nilai jati diri dan keberanian bangsa.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00