SPRM Kedah

SPRM Kedah

Share

Photos from SPRM Kedah's post 11/07/2026

KPPA SANTUNI RERUAI SPRM KEDAH, SEMARAKKAN KARNIVAL MAPPA XXI 2026 WILAYAH UTARA

SUNGAI PETANI, 11 Julai 2026 – Reruai pameran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah menerima kunjungan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), sempena Karnival MAPPA XXI 2026 Peringkat Wilayah Utara yang berlangsung di Dataran Zero, Sungai Petani hari ini.

Ketibaan beliau di reruai SPRM Kedah diiringi oleh YB. Tuan Haji Muhamad Radhi bin Haji Mat Din sebelum diberikan taklimat ringkas mengenai fungsi SPRM, usaha-usaha pencegahan rasuah, pendidikan masyarakat serta inisiatif pembudayaan integriti yang dilaksanakan oleh suruhanjaya.

Sepanjang karnival berlangsung, reruai SPRM Kedah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung yang mendapatkan maklumat berkaitan fungsi SPRM, Akta SPRM 2009, saluran penyaluran maklumat dan aduan rasuah, serta pelbagai inisiatif pendidikan antirasuah yang dilaksanakan di seluruh negara.

Karnival MAPPA XXI 2026 Peringkat Wilayah Utara turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan kebudayaan, persembahan artis jemputan Ezad Lazim, bekas vokalis kumpulan Exists, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti interaktif yang berjaya menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Penyertaan SPRM Kedah dalam program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan suruhanjaya untuk mendekati masyarakat, meningkatkan kesedaran terhadap bahaya rasuah serta menyemai nilai integriti dalam kalangan rakyat. SPRM Kedah kekal komited memperkukuh budaya integriti dan pencegahan rasuah melalui pendekatan pendidikan masyarakat serta kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan komuniti, selaras dengan aspirasi membentuk sebuah negara yang berintegriti dan bebas daripada rasuah.

Photos from SPRM Kedah's post 23/06/2026

SPRM KEDAH, AKPS PERKUKUH BENTENG ANTIRASUAH DI SEMPADAN NEGARA

Bukit Kayu Hitam, 23 Jun – Program Dialog Antirasuah Dalam Penguatkuasaan hasil kerjasama strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Program ini dianjurkan sebagai platform untuk memperkukuh kesedaran antirasuah, memantapkan budaya integriti serta meningkatkan pemahaman mengenai tadbir urus yang baik dalam kalangan pegawai penguat kuasa yang memikul tanggungjawab besar dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan sempadan negara.

Majlis dimulakan dengan sesi Taklimat Antirasuah Dalam Penguatkuasaan yang disampaikan oleh PKPs Hanizal bin Mazni, Pegawai SPRM Kedah. Taklimat tersebut menekankan kepentingan pematuhan kepada prosedur kerja, pengukuhan tadbir urus organisasi serta peranan setiap penjawat awam dalam menolak sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

Kemuncak program ialah sesi Dialog Antirasuah bertemakan “Integriti Diperkasa, Sempadan Negara Terpelihara” yang menampilkan PPj Syed Aswadi bin Syed Soffian, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah, dan Dr. Hamizar Iqbal bin Abdul Halim, Timbalan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam sebagai ahli panel. Sesi dialog tersebut dikendalikan oleh Penguasa Kanan Suekarni binti Mohamed Hashim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kedah.

Sepanjang sesi dialog, para panel membincangkan pelbagai isu berkaitan integriti dan tadbir urus dalam penguatkuasaan sempadan, termasuk cabaran serta risiko yang dihadapi oleh anggota barisan hadapan di pintu masuk negara. Perbincangan turut menyentuh keperluan memperkukuh sistem kawalan dalaman, meningkatkan mekanisme pemantauan serta mengamalkan nilai integriti yang tinggi bagi mencegah ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah.

Selain berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan risiko rasuah, para panel turut menegaskan bahawa keberkesanan penguatkuasaan tidak hanya bergantung kepada undang-undang dan prosedur semata-mata, tetapi juga kepada komitmen setiap pegawai untuk melaksanakan tugas secara profesional, telus dan beretika demi memelihara keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Dr. Hamizar Iqbal bin Abdul Halim yang menzahirkan penghargaan kepada SPRM Kedah atas penganjuran program berkenaan serta komitmen dan penglibatan aktif semua peserta yang hadir. Beliau turut menegaskan bahawa pemerkasaan integriti dan penolakan terhadap rasuah perlu dijadikan budaya kerja yang sentiasa diamalkan oleh setiap anggota penguat kuasa dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan sempadan negara.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dan AKPS dalam memperkukuh benteng integriti serta membanteras sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa dalam penguatkuasaan sempadan negara. Melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik, program ini diharap dapat melahirkan warga penguat kuasa yang lebih berani, beretika dan berakauntabiliti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pengukuhan budaya integriti secara berterusan merupakan elemen penting dalam memastikan sistem penguatkuasaan yang cekap, berkesan dan dipercayai masyarakat. Selaras dengan slogan “Berani dan Radikal Perangi Rasuah”, program ini diharap dapat terus menyemarakkan usaha melahirkan penjawat awam yang berintegriti tinggi, berakauntabiliti dan komited dalam mengekang rasuah demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

22/06/2026

PROGRAM DIALOG ANTIRASUAH DALAM PENGUATKUASAAN BERSAMA AKPS BUKIT KAYU HITAM

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah akan menganjurkan Program Dialog Antirasuah Dalam Penguatkuasaan bagi memperkukuh integriti, ketelusan serta membudayakan amalan antirasuah dalam kalangan warga penguat kuasa.

📅 Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman

Program ini merupakan platform perkongsian ilmu dan perbincangan strategik berkaitan pencegahan rasuah, pemantapan integriti serta pengukuhan tadbir urus dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

💪 "Berani dan Radikal Perangi Rasuah"

Marilah bersama-sama memperkukuhkan budaya integriti dan menolak sebarang bentuk rasuah demi perkhidmatan yang telus, cekap dan berwibawa.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Tingkat 2, Blok B, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Badlishah, Peti Surat 6000
Alor Setar
05720