WM Property

WM Property

Share

07/05/2026

Feeling hungry? have a Sunshine Bakeries Malaysia bread

Everyone has their own way of enjoying Sunshine Poketto Sandwichโ€ฆ but how creative can yours be? ๐Ÿงกโœจ

From simple bites to your own unique twist, your Sunshine Poketto Sandwich moment could be more than just a snack.

Now itโ€™s time to turn it into your most creative story.

Hereโ€™s how to join:
1. Like & follow Sunshine Bakeries Malaysia.
2. Comment your most interesting story about why you love Sunshine Poketto Sandwich.
3. Share this post & tag Sunshine Bakeries Malaysia.
4. Make sure your post is set to โ€˜Publicโ€™.

Stand a chance to be one of 10 winners to receive RM30 Touch โ€˜n Go eWallet credits. ๐ŸŽ

Contest runs from 28 April to 21 May 2026.

T&Cs apply: https://bit.ly/Your_Poketto_Creative_Story

06/02/2026

Kedudukan Undang-Undang Pemilikan Tanah Secara Lot Lidi

(Menurut Kanun Tanah Negara 1965 dan Undang-Undang Berkaitan)

1. Salah Faham Mengenai Keselamatan Hak Milik

Adalah menjadi salah faham umum bahawa kewujudan dokumen perjanjian yang disediakan oleh peguam atau kemasukan nama dalam geran bersama memberi jaminan hak milik mutlak ke atas sesuatu bahagian tanah.

Hakikatnya, dari sudut undang-undang, pemilikan tanah secara Lot Lidi meletakkan pemilik dalam kedudukan yang lemah dan berisiko tinggi, serta tidak dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang tanah.

---

2. Pemilikan Bersama (Co-Proprietorship)

Apabila seseorang didaftarkan sebagai pemilik bersama dalam satu geran tanah, status pemilikan tersebut adalah sebagai Pemilik Bersama (Co-Proprietor) yang hanya mempunyai Bahagian Tidak Dipecahkan (Undivided Share).

Implikasi undang-undangnya adalah seperti berikut:

Pemilik tidak mempunyai hak eksklusif ke atas mana-mana bahagian fizikal tertentu tanah tersebut.

Undang-undang tidak mengiktiraf sempadan atau lot spesifik yang didakwa dimiliki oleh mana-mana pemilik bersama.

Setiap pemilik bersama mempunyai hak yang sama ke atas keseluruhan tanah, tertakluk kepada bahagian kepentingan masing-masing.

Sekiranya berlaku pertikaian antara pemilik-pemilik bersama, mahkamah mempunyai kuasa untuk mengarahkan penjualan keseluruhan tanah secara lelongan, dan hasil jualan tersebut dibahagikan mengikut bahagian pemilikan. Sebarang binaan kekal yang didirikan tanpa pemilikan individu yang sah tidak diberikan perlindungan undang-undang.

---

3. Risiko Kaveat dan Kebankrapan Pemilik Bersama

Dalam situasi di mana tanah didaftarkan atas nama ramai pemilik bersama, sebarang masalah kewangan yang melibatkan salah seorang daripada pemilik tersebut boleh memberi kesan kepada keseluruhan tanah.

Antara risiko utama ialah:

Sekiranya seorang pemilik bersama diisytiharkan muflis atau mempunyai hutang yang tertunggak, pemiutang berhak untuk memasukkan kaveat ke atas bahagian kepentingan pemilik tersebut.

Kemasukan kaveat tersebut boleh menjejaskan, melambatkan, atau menggagalkan urusan tanah yang memerlukan persetujuan semua pemilik bersama.

Pemilik bersama lain yang tidak terlibat dalam masalah kewangan tersebut tetap akan terkesan dari sudut undang-undang dan pentadbiran.

---

4. Kedudukan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed)

Surat Ikatan Amanah sering digunakan sebagai mekanisme alternatif bagi penjualan tanah pertanian yang tertakluk kepada syarat keluasan minimum bagi setiap pemilik.

Walau bagaimanapun, dari sudut undang-undang:

Surat Ikatan Amanah hanyalah suatu perjanjian kontrak, dan bukan dokumen hak milik berdaftar.

Ia tidak memberikan hak milik mutlak kepada pembeli.

Sekiranya pemegang amanah meninggal dunia, gagal dikesan, atau syarikat pemegang amanah dibubarkan, pembeli perlu memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut kepentingan mereka.

Tindakan sedemikian melibatkan kos guaman yang tinggi dan proses mahkamah yang panjang, yang dalam sesetengah keadaan boleh melebihi nilai tanah itu sendiri.

---

5. Pelanggaran Syarat Nyata Tanah dan Kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kebanyakan tanah Lot Lidi adalah berstatus Tanah Pertanian, yang tertakluk kepada syarat nyata untuk kegunaan pertanian sahaja.

Implikasi undang-undang adalah seperti berikut:

Pembinaan rumah kediaman atau bangunan kekal tanpa kebenaran melanggar syarat nyata tanah serta peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis, mengenakan tindakan penguatkuasaan, dan merobohkan binaan yang didirikan tanpa kelulusan pelan bangunan.

Dalam keadaan ini, sebarang pembelaan undang-undang adalah terhad kerana pelanggaran tersebut adalah nyata dan jelas di sisi undang-undang.

---

6. Kesimpulan

Adalah ditegaskan bahawa:

Kemasukan nama dalam geran bersama atau kewujudan perjanjian yang disediakan oleh peguam tidak menjamin hak milik mutlak.

Dalam urusan hartanah, hanya Geran Individu atau Geran Strata yang didaftarkan secara sah memberikan perlindungan undang-undang sepenuhnya kepada pemilik.

Pemilikan hartanah yang kecil tetapi mempunyai hak milik individu yang sah adalah jauh lebih selamat berbanding pemilikan tanah yang luas tetapi berstatus pemilikan bersama yang berisiko.

Photos from WM Property's post 10/11/2025

PROJECT PERUMAHAN BARU DI S*K

DIBUKA UNTUK JUALAN

TAMAN HARMONI FASA 2, S*K KEDAH

KAMPUNG BEGIA, PEKAN BATU LIMA S*K, DAERAH S*K.

RUMAH BERKEMBAR SETINGKAT

โœ… 3 Bilik & 2 Bilik Air

โœ… Saiz tanah 40' x 65' (2600 kp)(Min)

โœ… Saiz Bangunan 27โ€™x 37' (999 kp)

==============================

HARGA BERMULA DARI RM343,434

==============================

๐Ÿ“ŒBersebelahan Taman Harmoni Fasa 1 (sedia ada)

๐Ÿ“Œ 5% Diskaun Bumi Lot

๐Ÿ“Œ Hak Milik Kekal

๐Ÿ“Œ Siam Lot/Bumi Lot

๐Ÿ“Œ Tunai/Bank Loan/LPPSA

๐Ÿ“Œ Segala Urusan Pinjaman & Guaman Akan Diuruskan

๐Ÿ“Œ Yuran Guaman & Setem Duti Ditanggung Pemaju

๐Ÿ“Œ Booking RM500 Sahaja

๐Ÿ“Œ Dijangka siap Mac 2026

๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง :

๐Ÿ”ด Klinik Kesihatan Jeniang

๐Ÿ”ด Pekan S*k

๐Ÿ”ด Pekan Jeniang

๐Ÿ”ด Sekolah & Masjid

๐Ÿ”ด Tol Gurun

๐Ÿ”ด5km ke Pekan Jeniang

๐Ÿ”ด5km ke SMK Tunku Sulong

๐Ÿ”ด5km ke SK Jeniang(Pusat)

๐Ÿ”ด10km ke pekan S*k

๐Ÿ”ด2km ke MR Diy & 99 Speedmart

Saya akan bantu anda uruskan segala urusan pinjaman, urusan guaman dan urusan pejabat tanah sehingga selesai proses penyerahan kunci

๐Ÿ‘‰๐ŸปUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :

01120874548

Wan Mustaffa Wan Jusoh

REN 50431

Perunding Hartanah Berdaftar

(AL-AQARAT GROUP)E (1) 1399

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercials

www.wasap.my/601120874548

Photos from WM Property's post 28/10/2025

๐Ÿ˜๏ธTERES SETINGKAT DI KUBANG ROTAN, KUALA KEDAH๐Ÿ˜๏ธ

โœ…BOOKING PERCUMA
โœ…KOS GUAMAN PERCUMA
=============================
Spesifikasi :
TERES SETINGKAT
>Saiz : 20'x42'
> Keluasan : 785kp
> Rezab melayu
> Freehold
> 3 bilik tidur
> 2 bilik air
> Harga dari RM 298k
==============================
Kemudahan :
- bersebelahan Taman Kubang Rotan 2a
-0.8 km Kilang beras Kubang Rotan
-0.8 km SMK Kubang Rotan
-1.8 km Masjid Nurul Ehsan
-1.9 km Pasar Nelayan Kubang Rotan
-2.0 km SK Dato' Shaari

https://maps.app.goo.gl/rSHgeJckJw74Z4MP7

Saya akan bantu anda uruskan segala urusan pinjaman, urusan guaman dan urusan pejabat tanah sehingga selesai proses penyerahan kunci

๐Ÿ‘‰๐ŸปUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :

01120874548
Wan Mustaffa Wan Jusoh

REN 50431
Perunding Hartanah Berdaftar
HOMEFIELD REAL ESTATE SDN BHD
(AL-AQARAT GROUP)E (1) 1399

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercials

www.wasap.my/601120874548

Want your business to be the top-listed Business in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Setar
06500