AkmarProperty

AkmarProperty

Share

Photos from AkmarProperty's post 20/04/2026

💰RM1,080,000 (nego)
📍Luxury Semi-D
Taman Keranji Alor Mengkudu, Alor Setar

Unit cantik berkonsepkan moden & dilepaskan termasuk semua kelengkapan, perabot dan dilengkapi kolam renang. Disediakan cabin untuk tetamu berlatar belakang sawah padi & view sekitar Alor Setar.

Extra 2 rooftop yg tersedia untuk dijadikan tempah riadah santai bersama keluarga menjadikan unit ini 3 tingkat setengah

🏡
Property Details:
Semi-D corner lot
(Homestay) - FULLY FURNISHED

👍Fully Renovated with swimming pool

- Freehold (Malay Reserved)
- 5 bedroom / 4 bathroom
- Land Area 3444.4sqft
- Built Up 2016sqft

📍
- Near to starbucks, mcdonald, restaurants, shoplot
- Near to Primary & secondary School
- Near to Mosque
- Near to Plus highway (Alor setar Selatan)

For viewing kindly contact us:
www.wasap.my/0196648476

📲 019-6648476

10/02/2026

BILA SEBENARNYA PEMINJAM SELAKU PEMBELI MULA MEMBAYAR LOAN INSTALMENTS KEPADA BANK?

🔻🔻🔻🔻🔻

Dalam urusan jual-beli hartanah, pembeli yang membuat pinjaman dengan bank akan mula membayar loan instalments kepada pihak bank sejurus selepas bank disburse atau melepaskan pinjaman tersebut.
Berapa kali bank akan buat disbursements?
Ia bergantung kepada status hartanah tersebut sama ada ia masih mempunyai gadaian/bebanan (encumbered) atau bebas dari sebarang bebanan (free from any encumbrances).
Jika ia masih mempunyai gadaian/bebanan, bank pembeli akan melepaskan sebahagian daripada loan pembeli kepada bank penjual untuk melunaskan bayaran tebus hutang (redemption sum) kepada bank penjual yang juga dikenali sebagai 1st disbursement.
Ketika inilah, pembeli selaku peminjam akan mula membayar sebahagian daripada loan instalments untuk service interest mengikut jumlah yang telah di lepaskan oleh bank pembeli tadi. Jumlah bayaran bergantung kepada berapakah jumlah loan yang telah dilepaskan oleh pihak bank pembeli kepada bank penjual.
Setelah pelepasan gadaian ditandatangani oleh bank penjual dan pindahmilik atas nama pembeli boleh didaftarkan di pejabat tanah, maka bank pembeli akan melepaskan p**a baki pinjaman sepenuhnya kepada peguam pihak penjual. Proses ini juga dikenali sebagai final disbursement. Ketika itulah pembeli akan membayar full instalments sepenuhnya kepada bank pihak pembeli.
Jika hartanah tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan dan tak perlu melepaskan gadaian bank penjual, maka bank pembeli akan terus melepaskan sepenuhnya jumlah loan pembeli kepada peguam pihak penjual untuk melunaskan keseluruhan baki harga jual mengikut terma yang terkandung di dalam Perjanjian Jual Beli.
Sejurus selepas bank melepaskan keseluruhan pinjaman tersebut, maka bayaran installment pembeli pon akan bermula dan pembeli harus menjelaskan sepenuhnya full installments nya kepada pihak bank.
Credit : Hartanah dan Anda

20/01/2026

Beli rumah bukan sekadar soal mampu bayar, tetapi juga faham proses & lindungi hak anda.

Earnest Deposit / Booking Fee – Apa yang Pembeli Perlu Tahu

Sebelum sesuatu urusan jual beli rumah dimuktamadkan, pembeli biasanya perlu membayar Earnest Deposit atau Booking Fee kepada Agensi Hartanah semasa menandatangani Booking Form bersama ejen hartanah.

💰 Berapa jumlahnya?
Kebiasaannya sebanyak 3% daripada harga belian rumah, atau 3.24% jika termasuk SST (tertakluk kepada agensi).

📝 Untuk apa bayaran ini?
✔️ Menunjukkan komitmen serius pembeli
✔️ Mengunci unit daripada dijual kepada pihak lain
✔️ Membolehkan proses seterusnya dimulakan, seperti penyediaan Perjanjian Jual Beli (SPA)

⚖️ Penting untuk tahu:
Wang ini bukan milik ejen, tetapi dipegang oleh agensi sebagai stakeholder dan akan dikira sebagai sebahagian daripada bayaran deposit apabila SPA ditandatangani.

📌 Nasihat peguam:
Pastikan terma dalam Booking Form jelas, terutama berkaitan
– tempoh sah booking
– situasi pembatalan
– sama ada wang boleh dip**angkan atau tidak

Beli rumah bukan sekadar soal mampu bayar, tetapi juga faham proses & lindungi hak anda.

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Alor Setar