Munch Monstr

Munch Monstr

Share

Photos from Munch Monstr's post 13/01/2022

MANISAN TERKENAL ASIA TENGGARA

🇰🇭🇻🇳🇵🇭🇮🇩🇸🇬🇹🇭

Negara-negara di Asia Tenggara banyak sekali menyimpan keunikan masing-masing kerana didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza. Manakala dikurniakan dengan kekayaan sumber alam beserta iklim tropika yang membolehkan rakyat yang tinggal di Asia Tenggara mempunyai sumber makanan daripada pelbagai jenis.

Ekoran pandemik Covid-19 yang membataskan pergerakan melancong ke luar negara, jadi kali ini kami kongsikan dahulu beberapa jenis manisan yang terdapat disekitar Asia tenggara sebagai persediaan awal untuk dicuba nanti 😋

🇹🇭Pulut Mangga (Thailand)
Lebih terkenal dengan panggilan ‘Manggo sticky rice’ atau nama tempatannya ‘Khao Niaow Ma Muang’. Hidangan ringkas daripada mangga dan nasi pulut yang dicurahi dengan santan kelapa ini mempunyai tekstur pulut yang liat apabila dikunyah, haruman manis daripada buah mangga dan lemak manis santan kelapa.

🇸🇬 Ice Cream Sandwich (Singapura)
Ia diperbuat daripada kepingan-kepingan biskut yang melapik lapisan ice-cream yang lazat dan terdiri daripada pelbagai warna dan variasi.

🇻🇳 Chè (Vietnam)
Secara umumnya Chè merupakan sup manis yang mengandungi buah-buahan dan kekacang (dengan pelbagai pilihan isi yang mengikut selera pengguna). Jadi terdapat 2 jenis Chè secara umumnya iaitu Chè Ba Màu yang menggunakan kekacang dan chè hoa quả yang menggunakan buah sebagai bahan isinya. Chè dihidangkan di dalam gelas kaca dengan ditutupi dengan ais parut.

🇰🇭 🇹🇭 Nom Krok (Cambodia dan Thailand)
Diperbuat menggunakan acuan khas yang memberikan ia rupa bentuk yang unik. Ia sebenarnya adalah pancakes kelapa yang adakalanya turut dihiasi dengan hirisan daun bawang yang menambahkan lagi aromanya. Nom Krok mempunyai rasa yang unik kerana ianya lemak manis dan juga mempunyai rasa masin pada satu masa.

🇵🇭 Bibingka (Filipina)
Bibingka disediakan menggunakan tepung beras, santan kelapa dan kelapa parut. Jadi ia merupakan lempeng tepung beras dan kelapa. Namun begitu ianya amat istimewa kerana dilapisi dengan daun pisang sewaktu proses memasaknya..

🇮🇩 Kueh Lapis Legit (Indonesia)
Ia juga dikenali sebagai spekkoek, merupakan sejenis kek lapis yang amat terkenal di Indonesia.Tidak seperti kek biasa kek lapis ini menggunakan rempah-rempah seperti buah keras, kayu manis dan buah pelaga dalam penyediaan tepung ramuannya. Ia terdiri daripada 10 lapisan berlainan untuk membentuk kek lapis yang lengkap.

Ingin tahu lebih banyak tentang manisan? 😉
Like Munch Monstr untuk lebih banyak info menarik👍👍

09/01/2022

MONSTR PILIHAN HATI❤️

Hello munchies! Korang dah rasa ke semua produk Monstr? Rugi sangat kalau belum, sebab semua produk kami memang best dan sangat sedap! Nak tahu tak kenapa produk Monstr telah menjadi pilihan hati ramai penggemar coklat? 🤔

- Dapat menikmati pelbagai jenis pilihan produk Monstr yang premium dan berkualiti tinggi✨
- Kerangupan kookies, koko krunch dan bubble rice yang tiada tandingan 💯
- Dapat meluangkan masa gembira bersama keluarga dan rakan sambil menikmati produk Monstr😁
- Dapat menghadiahi insan tercinta dengan produk Monstr 🎁

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kesedapan produk Monstr!😎
CUBA SEKARANG ----> https://linktr.ee/munchmonstr ‼️

Kepada yang dah rasa tu, korang paling s**a yang mana? 😏
Cuba komen kat bawah 👇

Photos from Munch Monstr's post 01/01/2022

BUKAN COKLAT JE? KEK BUAH PON ADA?!

Bukan kaleng2 ni gais, kek buah pon Monstr keluarkan untuk korang! GRANDMA’S FRUITCAKE keluaran Monstr yang sangat moist dan penuh dengan buah buahan ini dikukus selama 4 jam untuk pastikan ia tahan lebih lama dan tak mudah rosak 😍

Apa yang lebih menarik, produk ini ialah bestseller selama 3 tahun berturut2! Korang nak tahu tak kenapa?
Sebab, ciri2 GRANDMA’S FRUITCAKE yang tidak berminyak, tidak pahit, tidak berbau buah pala yang kuat, dan yang paling penting, tidak terlalu manis! 😉

Jadi, rugi lah kalau tak rasa lagi kek buah ni kerana ia telah menjadi pilihan ramai sejak mula diperkenalkan sehingga sekarang 😮

Sesiapa yang belum rasa tu ayuh order sekarang di sini 🡪 https://linktr.ee/munchmonstr 👀

Photos from Munch Monstr's post 31/12/2021

HAPPY TUMMY, HAPPY FAMILY👨‍👩‍👧‍👦

Asyik berebut dengan adik beradik? Mak abah pon nak jugak?
Beli je HAPPY FAMILY MINI BOX, boleh makan ramai ramai. Dalam set ni, terdapat pelbagai jenis campuran produk supaya korang boleh rasa dan berkongsi kesemuanya bersama keluarga. 😄

Bukan saja dapat berjimat kos postage, malah dapat free monstr box pulak tu! Tak dapat dinafikan lagi memang berbaloi baloi ‼
Sesuai dimakan ketika meluangkan masa bersama keluarga kerana produk Monstr sesuai untuk semua lapisan umur ✨

Tekan https://linktr.ee/munchmonstr untuk order segera kerana set ini adalah terhad 😰

Photos from Munch Monstr's post 29/12/2021

BROWNIES KEDUT PALING SENANG

Apa itu brownies? Sama je ke brownies dengan kek coklat? 🤔🤔

Brownies ialah sejenis kek coklat yang padat dan berasal dari Amerika. Nama brownies diberikan kerana warnanya yang keperangan dan gelap. Bahan pentingnya ialah coklat masakan ataupun serbuk koko. Ada brownies yang teksturnya rapuh seperti cookies dan ada yang lembap dan gebu seperti kek.

Brownies antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap! Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, boleh cuba resepi yang sangat mudah ini:

1) Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.
2) Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.
3) Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.
4) Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.
5) Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.
6) Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.
7) Brownies kedut siap dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!😋

Ingin tahu lebih banyak tentang manisan? 🤔🤔
Like Munch Monstr untuk lebih banyak info menarik👍👍

Want your business to be the top-listed Shop in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Alor Setar
05320