Secret Leaf Alor Setar

Secret Leaf Alor Setar

Share

Photos from Secret Leaf Alor Setar's post 28/08/2020

Sales Sempena merdeka

Grab skrg๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

31/07/2020

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Menyusun Sepuluh Jari Memohon Kemaafan Jika Ada Terkasar Bahasa, Terlanjur Kata,
Terkhilaf Dalam Perbuatan Atau Tersinggung Hati Sama Ada Sengaja Mahupun Tidak.

Mudah-Mudahan Di Hari Raya Yang Mulia Ini, Menjadikan Kita Insan Yang Saling Memaafkan Dan Sentiasa Diberkati Serta Dirahmati Allah S.W.T. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

*:: Selamat Hari Raya Aidiladha Minal Aidil Wal Faizin :: ๐Ÿ•Œ*

29/11/2019

6 FUNGSI TONER YANG PATUT KITA KETAHUI
Pemakaian toner adalah langkah penting selepas kita mencuci wajah. Apa yang toner ni buat sebenarnya? Boleh ke kita skip step pakai toner ni? Jom tengok dulu apa fungsi toner ni sebenarnya.

1๏ธโƒฃ Toner bertindak sebagai โ€˜pembersihโ€™ tambahan, untuk singkirkan sisa-sisa dalam pori wajah, yang tak dapat dilakukan oleh pencuci muka.

2๏ธโƒฃ Sifatnya yang mudah dan cepat menyerap ke dalam lapisan kulit, membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati, kotoran, minyak dan sisa mekap yang masih tertinggal pada kulit.

3๏ธโƒฃ Toner juga mengimbangi PH kulit wajah. Tindakan lembutnya membersihkan pori-pori, membantu mencegah jerawat dan mengecilkan pori-pori yang jelas kelihatan pada wajah.

4๏ธโƒฃ Toner juga โ€˜menyediakanโ€™ kulit untuk serum atau pelembap dapat masuk dengan baik ke dalam lapisan kulit.

5๏ธโƒฃ Toner bertindak mencerahkan jeragat atau parut jerawat pada muka, memberi efek kulit cerah sekata.

6๏ธโƒฃ Dan akhir sekali, toner yang baik, akan dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, menjadikannya sihat, segar dan melambatkan tanda-tanda penuaan pada kulit.

Yang paling penting, pilih toner yang bebas alkohol kerana alkohol boleh menjadikan kulit terlalu kering.

Seterusnya, teliti bahan aktif utama dalam toner, mengikut keperluan dan jenis kulit.

โœ… Bagi kulit berjerawat dan mudah ditumbuhi jerawat, pilih toner yang bebas alkohol dan mengandungi AHA (Alpha hydroxy acid) atau pun Salicylic acid.

โœ… Bagi yang mempunyai pori-pori besar, pilih toner yang mengandungi AHA seperti glycolic acid

โœ… Bagi kulit yang sensitif, pilih toner yang mengandungi bahan yang bersifat โ€˜soothingโ€™ dan merawat kulit, seperti aloe vera dan centella asiatica

โœ… Bagi kulit kering atau berminyak , pilih toner yang mengandungi hyaluronic acid, glycerin dan niacinamide

โœ… Bagi kulit kusam, pilih toner yang mengandungi arbutin, licorice atau lactic acid

โœ… Bagi kulit matang dan berjeragat, pilih toner dengan bahan pencerah semualajadi, melembapkan dan merawat kulit dari dalam

Tapi kebiasannya, ramai yang mempunyai kulit jenis kombinasi, berminyak di kawasan tertentu, berjeragat dan kering di kawasan tertentu. Takkan nak beli toner asing-asing, banyak- banyak jenis, kan?

Jadi, buat sedikit โ€˜researchโ€™ untuk dapatkan toner yang lengkap dan sesuai untuk semua jenis kulit. Semua fungsi dalam satu botol.

Herbawhite Natural Lightening Toner Secretleaf ialah penyegar wajah tanpa alkohol dengan fungsi 4-dalam-1 iaitu mencerah, melembap, mengecilkan liang pori, serta merawat kulit dengan gabungan bahan aktif dari tumbuhan herba, asid amino dan juga batu permata Malachite.

Gabungan formulasi bahan-bahan premium semulajadi di dalamnya menjadikan toner ini turut bertindak mengurangkan kesan penuaan kulit seperti jeragat, tona tidak sekata serta kulit kering dan kusam. Pastinya pilihan terbaik untuk kecantikan wajah anda! InsyaAllah.

29/11/2019

PHOTOAGING: APAKAH PUNCANYA DAN BAGAIMANA NAK ATASINYA?
Apa benda โ€˜photoagingโ€™ tu?

Cahaya matahari ada kebaikannya untuk kita. Tapi, sinaran yang berlebihan akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit tua sebelum usia. Keadaan itulah yang kita panggil sebagai photoaging.

Kulit wajah akan mempamerkan ciri-ciri penuaan seperti kedutan dan hiperpigmentasi (jeragat) dengan cepat, sebelum sampai pun usia yang sepatutnya.

Muda-muda lagi dah nampak macam orang tua!

Bagaimana cahaya matahari memberi kesan pada kulit wajah?

Cahaya matahari mengandungi sinaran UVA, UVB dan HEVIS (high energy visible light). Setiap satunya memberi kesan berbeza kepada kulit.

โœ… UVA

UVA menembusi lapisan kulit yang dipanggil dermis (bahagian dalam). Sinar ini kemudiannya merangsang penghasilan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan di peringkat DNA sel.

Ia juga merangsang penghasilan melanin berlebihan yang menyebabkan hiperpigmentasi atau jeragat.

โœ… UVB

UVB tidak menembusi lapisan kulit paling dalam seperti UVA, tetapi ia merosakkan lapisan luar kulit iaitu epidermis. Antara kesannya ialah sunburn, penebalan lapisan kulit di kawasan tertentu dan juga boleh menyebabkan kanser kulit.

Ia juga boleh mengganggu proses penghasilan pigmen melanin yang normal dan menyebabkan hiperpigmentasi.

โœ… HEVIS

Sinar HEVIS boleh menembusi hingga ke lapisan dermis kulit (lapisan dalam) dan ianya menghasilkan radikal bebas ataupun REACTIVE Oxygen Species.

Radikal bebas ini kemudiannya menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan enzim yang menguraikan kolagen dan elastin di dalam kulit.

Kolagen dan elastin ialah bahan yang menjadikan kulit nampak awet muda dan tegang.

Selain itu, HEVIS juga merangsang berlakunya pigmentasi tidak sekata pada kulit. Tompok jeragat mula kelihatan dan kulit kelihatan kendur, tidak tegang dan kulit nampak tua.

Jadi, bagaimana nak lindungi kulit daripada photoaging?

3 Cara terbaik untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran matahari ialah:

1๏ธโƒฃ Hadkan masa berada di bawah terik matahari, pada waktu puncak iaitu 10 pagi ke 4 petang.

2๏ธโƒฃ Elakkan berjemur atau berada terlalu lama di bawah cahaya matahari

3๏ธโƒฃ Pakai pakaian yang tidak banyak mendedahkan kulit

4๏ธโƒฃ Pakai krim pelindung cahaya matahari atau sunscreen yang bersesuaian

Perlu diingat di sini, walaupun cuaca nampak redup atau mendung, sinaran UVA, UVB dan HEVIS, semuanya masih wujud.

Sebab tu, kulit kita juga perlukan perlindungan setiap masa, setiap hari. Jadikan pemakaian sunscreen sebagai rutin penting yang tidak boleh ditinggalkan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


LOT B 385 , BUKIT BESAR
Alor Setar
06800