GEMA
Tertubuhnya 'komuniti G.E.M.A' hasil inisiatif untuk menyatuni, bersilaturahmi dengan mereka mereka yang sedang diuji dengan penyakit di hospital; melalui :
1- PROGRAM M.U.D - Maghfirah untuk Daif
2- Program ALASperut;
juga membantu golongan geladangan di sekitar bandaraya Johor Bahru. Komuniti yang terhasil perbualan biasa sekumpulan dari berlainan latar belakang namun mempunyai satu tujuan yang
21/07/2025
JUMAAT | 18 JUL 2025
5:00pm-6:30pm | Z774
HOSP. SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
********************************************
Alhamdulillaah jutaan TerimaKasih para Dermawan dan Penyumbang di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada GEMA ;
▪️Kurma Ajwa dan Kismis untuk PekSHIFA sumbangan HambaAllaah dari Kg Melayu Majidee.
▪️Kereta mainan buat anak-anak di wad
▪️Stoma bag buat pesakit di wad CCU.
Alhamdulillaah kita berkesempatan ziarahDOA di 7 buah wad termasuk wad ICU HSAJB. DOAberjemaah bersama pelawat dan waris2pesakit di ruangan menunggu wad ICU dan wad kritikal aras 4 HSAJB.
TerimaKasih pihak pengurusan HSA, PRO, matron, Sister, Doktor dan misi² yang banyak membantu serta ANDA semua yang mengiringi DOA² baik dari jauh maupun dekat.
Semoga mereka yang sedang diUji-Nya dengan sakit dipermudahkan-Nya dalam rawatan dan diberi-Nya kesembuhan segera yang tidak meninggalkan sebarang penyakit yang lain.
Aaminn Ya Rabbal’alaminn 💞
10/03/2025
Alhamdulillaah Jutaan TerimaKasih HambaAllaah dari Kg. Melayu Majidee Johor Bahru di atas sumbangan AirZamZam dan Peks Mariami.
Juga Terimakasih atas kepercayaan dan amanahkan kepada GEMA untuk agihan kepada pesakit2 di wad dalam masa terdekat.
Semoga asbab segala Kebaikan dunia dan akhirat buat penyumbang sekeluarga dan buat semua yang menDOAkan.. Aaminn Ya Rabbal’alamin 💞
02/03/2025
JUMAAT | 28 FEB 2025
5:00pm-7:00pm | Z769
HOSP. SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
********************************************
Alhamdulillaah jutaan TerimaKasih para Dermawan dan Penyumbang di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada GEMA ;
▪️ Kurma Ajwa dan Kismis pekSHIFA hasil derma anda semua buat pesakit yang sempat kita ziarah.
▪️Pelbagai biskut dan AirKotak sumbangan HambaAllaah dari Kg Melayu Majidee JB
▪️Minuman Vitagen sumbangan HambaAllah dari Pontian
▪️Pouch bag sumbangan hambaAllah dari Kelantan buat pesakit kanak2.
Alhamdulillaah kita berkesempatan ziarahDOA ke 12 buah wad di HSAJB. Termasuk DOA berjemaah bersama waris2 pesakit di ruangan menunggu wad ICU dan wad Kritikal aras 4 HSAJB.
TerimaKasih pihak pengurusan HSA, PRO, matron, Sister dan misi² yang banyak membantu serta ANDA semua yang mengiringi DOA² baik dari jauh maupun dekat juga TerimaKasih Sahabat Yang Berusaha Kak Ngah Julia, Ahmad Shukri dan Fadhlina Zul bagi kelancaran dan pengurusan.
Semoga mereka yang sedang diUji-Nya dengan sakit dipermudahkan-Nya dalam rawatan dan diberi-Nya kesembuhan segera yang tidak meninggalkan sebarang penyakit yang lain.
Aaminn Ya Rabbal’alaminn 💞
28/02/2025
KHAMIS | 13 FEBRUARI 2025 (2)
KEMBALI KE SEKOLAH 2025
Hospital PERMAI Johor Bahru
******************************
Alhamdulillah berkah DOA dan SOKONGAN anda semua yang menyumbang dan mengamanahkan melalui kami.
Hari ke-2 penyerahan sumbangan bagi persediaan kembali ke Sekolah anjuran Jab. Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai Johor Bahru. Hari ini penerima sekitar Masai, PasirGudang dan PermasJaya Johor.
Penerima terdiri daripada pesakit Kanak-kanak atau IbuBapa mereka yang kurang berkemampuan yang masih dalam rawatan dan pantauan pihak hospital.
TerimaKasih dan Tahniah Pihak pengurusan, Tuan Pengarah, Jab. Kerja Sosial Perubatan H. Permai dan para penyumbang budiman.
Semoga kita semua dipermudahkanNya dalam memberi manfaat.. InsyaAllah 💞
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Cisaat
Opening Hours
| Friday | 16:30 - 19:00 |
| Sunday | 16:30 - 19:00 |