Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1946 hasil inisiatif oleh Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Ismail, Raja Hj Daud bin Raja Hj Busu dan Hj Usman bin Hj Taib. Sekolah ini mula dibina berhampiran dengan Masjid jamek Kanchong Darat yang mana ia adalah tapak asal sekolah ini. Ia kemudiannya dipindahkan ke tapak Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat dan seterusnya ia dibina semula di lokasi yang ada sekarang ia
itu di KM 39, Kanchong Darat. Pada tahun 1946, sekolah ini hanya dikenali dengan nama Madrasah Unwanus Saadah yang mana Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil alih pengurusan sekolah dan menukar nama madrasah ini kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Unwanus Saadah. Bermula pada tahun 1989, sekolah ini telah membuka tawaran untuk mengambil pelajar-pelajar tingkatan 5 dan mengubah nama sekolah kepada Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah. Sehingga ke hari ini, nama sekolah ini terus mekar di bibir masyarakat setempat kerana ia berada dalam era kombinasi Arab dan akademik. Kini, SAM Unwanus Saadah dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred A, luar bandar. Arriffin bin Rabu dan dibantu oleh guru penolong kanan kurikulum, Puan Norafizah bt Ahmad dan guru penolong kanan HEM iaitu Puan Mazinah bt Kasran serta guru penolong kanan ko-kurikulum, Puan Nooranisah bt Samiran. Seramai 43 orang guru telah diamanahkan untuk mengajar di sekolah ini yang terdiri daripada 11 orang guru lelaki dan 32 orang guru perempuan. Motto yang digunakan pada lencana sekolah ialah Ilmu An-nur yang bermaksud ilmu itu cahaya. Ini membawa maksud matlamat sekolah ialah untuk menuju ke arah menjadikan ilmu sebagai penyuluh kepada kejayaan pelbagai aspek.