JuanJerman.com
04/04/2026
Musim Panas USA
Walaupun sebenarnya secara rasmi masih lagi musim bunga (Spring), tapi cuaca dah panas dah kat US ni. Bila dah panas, ke pantai la kita.
Bandar pesisir pantai di US ni saya tengok , nampak sama je dari Virginia Beach ni sampaila ke Miami. Pantai, broadwalk , lepas tu Hotel², lepas tu jalan utama dan kedai². tak ade penjaja² tepi jalan. Paling dekat foodtrucks ajerla.
Bersih. nak jumpa sepuntong rokok pun susah. kecuali kalau pergi area residensi awam.
11/01/2025
Mudah betul pindah rumah kat Amarika ni 😂
✅ sewa lori 3 tan
✅ sewa trailer kereta
✅ sumbat barang dan perabot dalam lori
✅ letak kereta atas trailer
✅ Jalan!
JPJ / Pulis ke ape badan takdak kacau ✌🏻
10/17/2025
RAHSIA KEHEBATAN TEAM BOLA WANITA USA & JERMAN
pemerhatian saya semenjak 8 tahun berada di luar negara, di Jerman dan di Amerika Syarikat, adalah gerakan akar umbi s**an bola sepak untuk wanita mereka.
Team Bola mereka, baik lelaki atau perempuan, tak dilatih oleh cikgu PJ. Yang datang latih mereka adalah pelatih bola professional dari kelab bola tempatan. nak masuk sesi latihan kene bayar, US150/musim (8 minggu, 1x seminggu). memang kerja dia jadi pelatih. kalau la kelab s**an atau team tu kecik, yang datang latih adelah mak-ayah budakhl-budak sekolah tersebut secara s**arela. Yang ni free atau minima aje yurannye.
Nampak dari jauh, latihan diorang memang level kelab la. 2 orang pelatih, ade gol boleh alih, ade kon, ade latihan dribble, latihan passing dan penutup, friendly match siap pakai bib.
Saya ingat lagi sekitar zaman sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah, memang tak pernah ade cikgu datang ajar teknik main bolasepak atau training untuk main bola, melainkan saya masuk team bola sekolah. nak dapat bib masa main apetah lagi. bende nampak simple, tapi macamana kita nak tajamkan hantaran kepada rakan sepas**an kalau sekilas pandang pun tak nampak siapa kawan dan siapa lawan?
Juan
Washington D.C.
10/04/2025
DIY AKSESORI KERETA
antara benda yang best kat US ni adalah saya boleh beli aksesori original dari mana-mana brand pengeluar kereta kat sini cth. Subaru dan bawak balik pasang sendiri kat rumah.
Setakat ni saya dah pasang sendiri Dashcam dual channels, trailer hook original Subaru (dengan bantuan kawan kat Delaware), cabin filter dan engine filter, chassis stabiliser / tower bar dan yang terbaru ni, baru je buat petang tadi, window rain deflector original Subaru untuk Outback 2.4L Turbo.
Benda-benda kecik cenggini kat sini kalau semua nak pomen pasangkan, memang hangusla duit 💸
Kadang kadang rindu jugak Malaysia, sebab tukar bulb lampu kereta pun bawak pergi bengkel sebab upahnye RM5 je 🥲
Misi seterusnya? kita nak pasang rear sway bar pulak. barula boleh konar macam Takumi Fujiwara dalam cerita Initial D. 🤣
JuanJerman
Washington D.C. 🇺🇸
Click here to claim your Sponsored Listing.