Adlil Rajiah
Author of 5 books. Penerima Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia. Hit the link to reach out!
01/19/2026
5 suasana 'beracun' kat rumah yang kita kena stop sekarang sebelum anak lelaki mendewasa tanpa empati.
Kalau tak tahu nak mula dari mana untuk 'reset' karakter anak, tonton rakaman bengkel Raising Sons:
ezy.la/raisingsons
Anak lelaki tak belajar cara hormat wanita daripada buku teks atau ceramah motivasi, tapi daripada cara kita libatkan mereka di dapur dan cara kita berinteraksi di rumah.
Kalau kita rasa anak lelaki automatik akan jadi gentleman sebab masuk SBP, atau sebab hafal 30 juzuk, mungkin kita silap.
Berapa ramai lelaki yang nampak mulia, nampak “qawwam”, nampak alim di mata masyarakat, tapi di rumah jadi dictator yang memandang rendah pada isteri sendiri.
Karakter macam ni tak muncul tiba-tiba, tapi terbina daripada 5 suasana keluarga yang membesarkan mereka:
1. MELIHAT AYAH LAYAN IBU MACAM PEKERJA SURUHAN.
Menurut Social Learning Theory oleh Albert Bandura, anak faham tentang gender roles melalui pemerhatian. Bila anak lelaki membesar dalam suasana ayah goyang kaki sementara mak berhempas-pulas buat semua kerja rumah, anak akan faham "wanita adalah pekerja di rumah", yang tak perlu diendahkan, dihormati dan dihargai secara fizikal atau emosi.
2. “TAKPE” BILA ANAK BUAT SALAH
The Enabler Mom atau mak-mak yang jenis “takpe la.. biasa la..” setiap kali anak buat salah. Bila anak lelaki berkasar dengan adik, atau cakap kurang ajar, atau s**a mengusik kawan sekolah perempuan, kita just respon "biasalahh budak lelaki kan memang macam tuu". Maka kita sebenarnya tengah bagi lesen besar untuk perangai mereka jadi lebih toksik dan merosakkan.
Kajian menunjukkan anak yang membesar tanpa akauntabiliti terhadap perbuatannya akan mengalami kes**aran berempati, dan akan develop narcissistic traits, yang rasa dia je betul dan orang lain tak bernilai.
3. RUMAH DOUBLE STANDARD
Bila keluarga ada peraturan yang tak adil dalam bab kerja rumah. Anak perempuan kena pandai masak, pandai kemas rumah, pandai lipat kain sebab “nanti dah kawin kena pandai urus keluarga”. Tapi anak lelaki dibiarkan bilik bersepah, makan tak basuh pinggan, sebab “nanti dah kawin ada orang uruskan”.
Perbezaan begini akan tanam mindset dalam diri anak lelaki bahawa kerja rumah ni “low class” dan hanya untuk orang perempuan, dan mereka boleh disuruh-suruh. So bila dewasa, mereka pandang isteri sebagai “bibik” bukannya rakan kongsi yang sama penting.
4. “LELAKI MANA BOLEH NANGIS”
Ramai lelaki terperangkap dalam suasana emotional stunting. Mereka dilarang mengekspresi emosi sedih, empati, takut. Suasana keluarga begini mematikan saraf emosi anak lelaki.
American Psychological Association menunjukkan tekanan untuk jadi tough secara melampau boleh menyebabkan lelaki gagal memahami emosi orang lain. Bila tak faham emosi sendiri, macam mana mereka nak hormat dan faham emosi isteri atau orang sekeliling?
5. NORMALISASI LAWAK LUCAH
Ini suasana paling toksik dalam keluarga. Bila wujud perbualan berunsur objektifikasi di rumah. Bila bapa atau orang lelaki dalam keluarga selalu buat lawak lucah, atau komen tentang badan wanita, atau panggil wanita dengan gelaran yang merendahkan, maka anak lelaki mula anggap objectification itu normal.
Mereka nampak wanita sebagai objek untuk dinilai, ditertawakan, dipermainkan, dipergunakan, dan bukan sebagai manusia yang bermaruah.
So tak terkejutlah kalau satu hari nanti mereka layan pasangan macam mainan, sebab itulah vibe yang dihidangkan pada mereka sejak kecil.
So please, parents. Kalau kita tak betulkan cara besarkan anak lelaki, kita sedang membentuk seorang lagi lelaki yang menghancurkan.
Sebab tu kita tak boleh harapkan instinct semata-mata dalam mendidik anak lelaki zaman sekarang. Kita perlukan game plan yang solid.
Dalam rakaman bengkel Raising Sons ni ada banyak input untuk bantu kita faham psikologi anak lelaki. Supaya mereka mendewasa bukan sekadar jadi lelaki, tapi jadi 'Man of Honor'.
Lelaki yang bukan sekadar kuat fizikal, tapi tebal empati dan kebal integritinya!
Rakaman penuh bengkel Raising Sons "Membentuk Anak Lelaki Kebal Dalam Dunia Kurang Moral":
ezy.la/raisingsons
ezy.la/raisingsons
Ini macam cheat code untuk besarkan anak lelaki yang berkualiti. Semoga bermanfaat!
Parent Reboot Malaysia
12/26/2025
Buat jiwa yang sedang patah, gelisah, dan lelah dalam berjuang, ini buat kalian. Semoga kembali terukir senyuman. Semoga berupaya untuk terus melangkah lagi.
Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman :
"Wahai anak adam, jangan pernah engkau takut kepada sesiapa pun yang mempunyai kekuasaan selama kekuasaanKu ada dan ketahuilah kekuasaanKu tidak akan pernah punah selamanya.
Wahai anak adam, jangan pernah engkau takut dengan kesempitan rezeki sedangkan perbendaharaanKu penuh dan perbendahraanKu tidak pernah akan habis selamanya.
Wahai anak adam, aku ciptakan kamu untuk beribadah maka jangan kamu bermain main dan aku juga sudah tentukan rezekimu maka maka tidak perlu engkau lelah.
Demi kemuliaanKu dan keagunganKu, jika engkau redha terhadap pemberianku maka aku akan tenangkan jiwa dan ragamu dan engkau akan mulia disisiKu.
Jika engkau tidak redha dengan pemberianku, maka aku akan membuatmu mengejar dunia seperti haiwan buas yang mengejar mangsanya di padang pasir . Kemudian tidak akan datang kepadamu kecuali yang aku sudah takdirkan.
Wahai anak adam, aku telah menciptakan langit dan bumi dan aku tidak pernah merasa sulit menciptakan keduanya, maka apakah kau fikir Aku akan sulit mengurus rezekimu?
Wahai anak adam, jangan engkau minta rezeki untuk esok hari, sebagaimana aku tidak pernah meminta denganmu amal esok hari.
Wahai anak adam, sesungguhnya Aku sangat mencintaimu, maka atas hal itu , cintailah Aku."
Dunia ini penat, kan?
Peluk diri sendiri kuat-kuat hari ni.❤️🩹
Click here to claim your Sponsored Listing.