Studio Rekabina Uzair

Studio Rekabina Uzair

Share

09/07/2022

Daripada semua di Studio Rekabina Uzair, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat, pelanggan dan rakan kerja.

*From everyone at Studio Rekabina Uzair, wishing all our friends, clients and partners, Happy Eid Al-Adha.*

Photos from Studio Rekabina Uzair's post 04/12/2021

"Saya rasa dinding rumah saya terlalu kosonglah, sebelum saya pindah boleh tak awak hiaskan?"

Puan Nicholes baru membeli rumah daripada seorang pemilik lama di Subang. Sebelum bawa barangan pindah Puan Nicholes mahu dinding rumah lebih menyerlah dan 'hidup'. Bagi Puan Nicholes keadaan sekarang membuatkan rumah beliau nampak suram dan tak ceria.

Kami cadangkan untuk penyelesaian yang mudah dan pantas memandangkan beliau sudah mahu berpindah ke sini. Jadi wainscotting wall panel menjadi pilihan Puan Nicholes setelah sesi consultation kami. Hasilnya dinding yang suram bertukar kepada dinding yang timbul dengan tekstur-tekstur geometri daripada panel wainscotting. Projek Puan Nicholes seterusnya nak hias dinding tersebut dengan menggantung gambar -gambar keluarga dan lukisan-lukisan anak beliau.

Terima kasih Puan Nicholes. Enjoy your new home!