Why Pay More - Mobile Store

Why Pay More - Mobile Store

Share

Rasa macam tak perlu kami cerita panjang
Google je kami ⭐⭐⭐⭐⭐

Sebab bagi kami, info & review dalam Google adalah yang paling real daripada customer sendiri.

Photos from Why Pay More - Mobile Store's post 15/05/2026

⚠️ PERINGATAN SCAM ⚠️

Dalam masa sebulan, sudah ada 2 kes scam melibatkan pembelian telefon di kedai kami menggunakan cara “ABC Scam”

“ABC Scam” telefon biasanya berlaku dalam urusan jual beli telefon second hand di Facebook Marketplace.

Scammer menggunakan cara

A = Seller sebenar / kedai sebenar
B = Pembeli (mangsa)
C = Scammer (orang tengah)

Scammer akan curi gambar, detail dan harga daripada seller sebenar (kadang-kadang letak harga lebih murah daripada market), kemudian repost di Marketplace untuk tarik mangsa.

Cara scam ini berlaku:

1. Mangsa contact scammer
Scammer akan cakap:

“Boleh datang kedai tengok phone”
“Kawan / adik saya ada dekat kedai”
“Datang check phone dulu”

2. Mangsa datang kedai sebenar
Staff kedai langsung tak tahu pasal urusan scammer.
Staff hanya tunjuk dan explain phone seperti biasa.
3. Scammer suruh mangsa jangan cakap dengan staff
Biasanya scammer akan cakap:

“Jangan mention harga dekat staff”
“Jangan bagitahu staff deal dengan saya”
“Bank in terus dekat saya”

⚠️ Ini antara tanda paling besar ABC Scam.

4. Mangsa bank in kepada scammer
Mangsa ingat dia bayar kepada kedai, padahal duit masuk ke akaun scammer.
5. Selepas transfer, scammer hilang
Kedai tidak terima duit dan tidak akan serahkan phone.
Akhirnya mangsa baru sedar sudah kena scam.

⚠️ Peringatan:
Kalau seseorang suruh anda datang kedai tengok phone TAPI jangan bercakap dengan staff atau jangan bagitahu staff tentang urusan anda, kemungkinan besar itu adalah ABC Scam.

01/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚!✨

Hari ni kami buka kedai ya
bukan sebab tak nak cuti😆

Tapi sebab nak bagi customer
yang cuti hari ni datang beli phone📱

Esok confirm kami rehat betul2 😴
Staff semua pun kena recharge balik💪
Ahad pun cuti jugak

Jumpa hari Isnin ya!😉

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 11:00 - 20:00
Tuesday 11:00 - 20:00
Wednesday 11:00 - 20:00
Thursday 11:00 - 20:00
Friday 11:00 - 20:00
Saturday 11:00 - 20:00