NK Age-Reverse
20/01/2023
Menghasilkan buku memberi kepuasan yang berbeza berbanding menulis jurnal. Alhamdulillah buku kedua tahun ini akan diterbitkan dalam masa terdekat. Congrats and thank you Zarith Aziz for make it happened. Kami hantar dua draft buku kepada UTM Press tapi hanya satu dapat disiapkan tahun ini. Sebaik sahaja dapat tahu berita gembira ini, saya telah berjumpa Puan Zalina, Pegawai Penerbitan bagi menghargai bantuan beliau.
20/01/2023
Tahukah anda kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia? Jika dibentangkan kulit manusia luasnya kira-kira 2 meter persegi! Besar kan?
Kulit kita terdiri dari 3 lapisan utama. Jom kita kenal secara ringkas lapisan kulit kita.
1️⃣ Epidermis
Epidermis ialah lapisan kulit paling luar yang kita oleh nampak dan sentuh. Lapisan ini melindungi tubuh kita dari cahaya matahari, bakteria dan apa saja kotoran dari luar. Di lapisan ini juga terdapat melanin yang menghasilkan warna pada kulit.
2️⃣ Dermis
Dermis adalah lapisan kulit paling tebal dan berada di bawah Epidermis. Dermis bertindak menyokong lapisan epidermis dan mengikatnya pada lapisan dalam iaitu lapisan hypodermis. Ia mengandungi pembuluh darah, kalenjar peluh, folikel rambut dan reseptor saraf.
3️⃣ Hipodermis
Hipodermis adalah lapisan kulit paling dalam dan berfungsi melekatkan kulit dengan otot atau tulang. Di lapisan ini terdapat lemak yang melindungi tubuh dari panas dan sejuk.
Struktur kulit kita amat kompleks dan sensitif pada persekitaran atau bendasing. Jadi sayangilah kulit kita.
Jangan biarkan bahan kimia berbahaya meresap masuk. Ia bukan sahaja boleh merosakkan kulit malah pada satu tahap boleh mengancam nyawa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Subang Jaya