3rd Conference On Technology and Operations Management

3rd Conference On Technology and Operations Management

Share

28/09/2021

3rdCTOM PLATFORM BINCANG PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN OPERASI

UUM ONLINE: Mengangkat tema "Mengukuhkan Pengurusan Teknologi dan Operasi di Era 4.0", Pusat Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) menganjurkan 3rd Conference on Technology and Operations Management (3rdCTOM) 2021.

Dekan STML, Prof. Dr. Nor Hasni Osman berkata, persidangan yang dijalankan secara dalam talian buat kali pertama ini menunjukkan bahawa teknologi dan pengurusan operasi adalah bidang yang kritikal dan salah satu teras utama pembangunan negara dalam menghadapi globalisasi dan Revolusi Industri 4.0.

“Kita sekarang hidup di zaman yang serba canggih di mana terdapat permintaan yang tinggi untuk menghadapi cabaran peradaban moden dan melalui persidangan ini, kita mempunyai platform tepat untuk membincangkan penyelesaian terhadap cabaran tersebut.

“Para sarjana dan penyokong perubahan teknologi mesti berkongsi hasil kajian dan pengajaran mereka dengan cara yang membawa kepada perbincangan yang sihat untuk membantu membuat penyelesaian praktikal dalam menghadapi cabaran masa kini, sama ada dari segi undang-undang, saintifik, atau sosial di samping menunjukkan bagaimana penggunaan teknologi dapat menarik minat masyarakat semasa,” ujarnya.

Menurutnya, STML memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan misi dan visi universiti dalam melahirkan profesional yang berdaya saing di dunia moden tetapi masih berlandaskan nilai agama dan moral yang murni.

Selain itu katanya, sebagai universiti pengurusan terkemuka, UUM berada pada kedudukan yang ideal untuk memimpin pengurusan operasi perniagaan dan menghasilkan graduan yang lebih dinamik dan bertanggungjawab dalam pelbagai bidang pengetahuan yang akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang lebih baik.

“Kolaborasi pintar, seminar, dialog industri, dan persidangan yang didasarkan pada kajian penyelidikan memberi kita penyelesaian yang realistik dan responsif yang dapat meningkatkan kualiti hidup menggunakan teknologi moden,” ucapnya ketika merasmikan 3rdCTOM 2021, baru-baru ini.

Beliau berharap agar platform ini dapat mendorong perbincangan proaktif, kritis dan perkongsian pengetahuan yang memberi manfaat yang besar di samping membantu memperkasakan pengetahuan dan amalan di masa hadapan.

3rdCTOM membariskan panel seperti Dr. Shahrul Yazid Yahaya dari INTEL, Kulim, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim dan Prof. Madya Dr. Risyawati Mohamed Ismail dari UUM.

Persidangan ini memberi peluang kepada peserta mengetengahkan pelbagai isu termasuklah berkaitan teknologi dan pembangunan lestari, pengurusan operasi, perniagaan, perakaunan dan kewangan, pelancongan, pengurusan alam sekitar, pendidikan dan logistik.

05/04/2021

The 3rd Conference on Technology and Operations Management (3rdCTOM) is organised by School of Technology Management and Logistics (STML), Universiti Utara Malaysia. 3rdCTOM will be held on the 24th and 25th of August 2021 at the via an online platform, based in School of Technology Management and Logistics (STML), UUM COB, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia. 3rdCTOM offers a collaborative environment to academicians, researchers and practitioners to exchange and share their experiences and research results on all aspects of Technology and Operations Management. The conference will also provide a platform for intellectuals from various fields and disciplines in Technology and Operations Management to debate and discuss the current issues worldwide as well as finding solutions to problems. The organising committee is pleased to invite prospective authors to submit their original manuscripts to 3rdCTOM.
The conference theme is titled "Enhancing Technology and Operations Management in IR 4.0 Era". In line with the ever growing number of current issues, this theme emphasises on the importance of the role played by Technology and Operations Management practitioners and academicians in overcoming the challenges with the rapidly advancing technology and paradigm shifts in the era of IR 4.0.
Usable link
Call for papers | http://stmlportal.net/3rdCTOM/site/call-for-paper.htm
Fees & Payment​ | http://stmlportal.net/3rdCTOM/site/feesnpayment.htm
Important Dates & Schedule | http://stmlportal.net/3rdCTOM/site/important-dates.htm

Want your school to be the top-listed School/college in Sintok?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

School Of Technology Management And Logistics (STML)
Sintok