Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir

Share

17/01/2026

Bismillah. Nabi Muhammad SAW



Politik Malaysia Perlu Upgrade, Bukan Asyik Bergaduh

Ini bukan tulisan untuk puja mana-mana parti.

Ini teguran terbuka, supaya politik kita naik kelas

BN
Kuat dari segi pengalaman dan jentera.
Tapi rakyat mahu reform sebenar, bukan sekadar wajah baharu dengan cara lama.

BN perlu berhenti bergantung pada nostalgia dan mula buktikan reform yang boleh dirasa di poket rakyat.

Fokus bebaskan sistem buat rasuah di kalangan pemimpin bawah dan atasan.

PN
Kuat sentimen rakyat dan isu kos sara hidup.
Tapi perlu lebih solusi teknikal, bukan hanya kemarahan dan slogan.

Perlu lebih cadangan berangka, pelan ekonomi jelas, dan disiplin komunikasi supaya dilihat bersedia mentadbir, bukan sekadar membangkang dalam segala hal.

PH
Kuat dari segi dasar dan idea tapi belum mencukupi terutama aspek sistem.

pemimpin no 1nya selaku ketua kerajaan perpaduan, dana persaraan negara masih tak efektif dan outdated, dasar perumahan lapuk, peluang rakyat buat hutang jahat yang dipermudahkan seperti BNPL, ...kawalan ke atas barang membazir untuk rakyat beli secara online yang tak terkawal.

Teknik komunikasi dengan rakyat bawah masih lemah, terlalu elit dan berlapik akademik.

Namun PH perlu perbaiki 3 perkara besar:

Terjemah dasar kepada bahasa dapur, bukan bahasa seminar.

Kurangkan politik simbolik, tambah lagi penyelesaian praktikal.

Berani akui kelemahan dan betulkan, bukan 'defensif' bila ditegur rakyat.

GPS / GRS
Sarawak semakin mantap, idea Premier Sarawak ada class sebahagiannya.
Sabah perlu Fokus kepada kestabilan negeri dan pembangunan tempatan.

Cabaran seterusnya ialah membawa suara Sabah & Sarawak sebagai rakan setara dalam dasar nasional, bukan sekadar penyokong.

Parti kecil & bebas
Banyak muncul ketika pilihan raya.
Namun tanpa disiplin, pelan jangka panjang dan kefahaman tadbir urus, mereka mudah jadi spoiler, bukan pembina sistem.

Rakyat hari ini tidak cari parti suci.

Rakyat cari kepimpinan yang jujur, tidak rompak khazanah negara, faham ekonomi sebenar, dan berani buat keputusan susah demi masa depan.

Politik bukan pertandingan siapa paling betul bercakap.

Politik ialah siapa paling mampu menyelesaikan masalah.

Rakyat hari ini bukan mahu parti sempurna.

Rakyat mahu pemimpin yang jujur, faham angka, faham dapur, faham hidup sebenar.

Politik bukan tentang siapa paling kuat jerit.

Politik tentang siapa paling berani betulkan sistem yang selama ini sudah terlebih korup.

Jika tak tahu nak menghormati bangsa dan suku kaum lain, cukuplah sekadar bangunkan bangsa sendiri tanpa mewujudkan kambing hitam untuk menutup kelemahan sendiri.

Ini pendapat saya.
Berbeza itu biasa.

.

Berfikir itu wajib.

Shamsuddin Kadir
16 Jan 26

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in setapak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Setapak
53300