Unit Integriti MARDI
09/04/2026
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐂𝐈𝐒𝐌) 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
9 April 2026: Serdang, Unit Integriti MARDI dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Taklimat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) Siri 3 Bilangan 1 Tahun 2026 kepada pembekal MARDI secara hibrid bertempat di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI dan secara dalam talian di Facebook Unit Integriti. Ucapan Aluan taklimat disampaikan oleh YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan & Operasi) serta turut hadir Tuan Haji Khairul Rizan bin Mat Ludin, Pengarah Pusat Pengurusan Kewangan dan Puan Nor Hafizah binti Hassim, Pengarah Unit Integriti.
Taklimat CISM telah disampaikan oleh penceramah Wan Nabilah binti Meor Mohd Jamil, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Perniagaan (PISPA) yang merupakan jurulatih profesional bertauliah untuk memberi khidmat nasihat, panduan dan taklimat kepada pelbagai organisasi berkaitan dengan integriti, tadbir urus dan anti-rasuah dan telah dilantik sebagai salah seorang Panel Penilai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) sejak tahun 2020.
Tujuan taklimat CISM dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pembekal tentang Liabiliti Korporat terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan penerangan secara terperinci berkenaan proses pendaftaran, pelaksanaan dan pemantauan serta pematuhan CISM. Para pembekal juga dapat membuat pertanyaan lanjut secara terus di reruai CISM yang dibuka khusus oleh pihak IIM.
Keseluruhan yang hadir sebanyak 60 orang dengan pecahan 40 orang hadir secara fizikal dan 20 orang hadir secara dalam talian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Serdang
43400