Daudthreesixty

Daudthreesixty

Share

Casting Challenge Di Tasik Lagenda Gubir by Mayeep (Mama Toman Sombong, Papa Toman Tunjuk Hero) 19/10/2022

Biar bekas umpan tenggelam, semangat tetap timbul.
"Bukan pepatah"

Mama lari bawa anak
Yang tinggal papa
😂🤣🤣🤣

Casting Challenge Di Tasik Lagenda Gubir by Mayeep (Mama Toman Sombong, Papa Toman Tunjuk Hero) Casting Challenge organize by Mayeep (SNKHD) Ahmad Zharif on 8-9 October 2022. Total 22 Caster has taking part in this event. Although the weather is not on ...

Daudthreesixty on TikTok 28/09/2022

MEMANCING

Casting
Bottom
Jigging
Trolling
Surfcasting
DLL...

Apa pun kaedah PANCINGAN dan juga hasil TANGKAPAN anda, perlu juga tahu kelebihan dan khasiat-khasiat ikan.

Semoga bermanfaat.😁😋

Daudthreesixty on TikTok TILAPIA Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Mendiami pelbagai kawasan air tawar juga habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan m...

26/09/2022

IKAN PATIN

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.

Ikan patin sungai (patin liar) mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Ikan patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai Patin Kolam atau Patin Sangkar dan spesies Ikan Patin yang paling banyak diternak di Malaysia adalah dari spesies Pangasianodon hypophthalmus. Pangasianodon hypophthalmus yang terlepas dari kolam atau sangkar ternakan dan mula hidup liar di sungai-sungai adalah spesies invasif kerana ia menjejaskan kepelbagaian genetik ikan patin asal di Malaysia dan biasanya dikenali sebagai Patin Lawang atau Patin Siam.

Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

1. Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)

2. Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)

3. Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)

3.1. Patin Buah (Pangasius nasutus)
3.2. Patin Muncung (Helicophagus wandersii)
3.3. Patin Juara (Pseudolais micronemus, pernah dikenali sebagai Pangasius micronemus)

Sumber : Wikipedia

4. PATIN BOSAbass = Rujuk video 🤭😅

17/09/2022

PATIN BOSAbass

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

05/09/2022

IKAN TERBOL

Terbol atau nama saintifiknya Osteochilus vittatus (ekor bertanda) & Osteochilus hasseltii (ekor tak bertanda) merupakan sejenis ikan yang terdapat di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Ikan ini turut disebut terboi, tubul, peroi, dan hard-lipped barb atau bonylip barb, dan kebanyakannya mendiami aliran besar atau sungai kecil yang mengalir tenang, dengan substrat berlumpur, berkelodak atau berpasir namun turut tahan dengan tempat tinggal air tawar yang lain.

Ikan Terbol mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan l***r tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai meskipun berkongsi habitat yang sama.

Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.

Ikan terbol merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai.

Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terbol berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air.

Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terbol akan berwarna gelap sedikit.

Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkump**an atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi.

Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.

Ikan terbol mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm
Ikan terbol merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini.

Walaupun ia bukan ikan dambaan utama seperti tengas atau sebarau, ikan terbol antara merupakan spesies sungai yang sedap digoreng garing ataupun dibuat masak lemak cili api. Lebih-lebih lagi yang bersaiz tapak tangan.

Sumber : Google.com

Send a message to learn more

Want your business to be the top-listed Finance Company in Senawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Senawang
70450